27.8.11

Soulmate hingga ke akhir hayat

Salam,

Alhamdulillah segalanya telah dipermudahkan semalam. Terima kasih pada kawan-kawan di blog juga di facebook yang telah memberikan ucapan takziah. Jenazah sampai di rumah lebih kurang pukul 12.45 tengahari, sementara menantikan waktu solat jumaat.

Habis solat jumaat, barulah mula solat jenazah dan kemudian terus ke urusan pengkebumian. Semua urusan selesai sebelum pukul 4 petang. Alhamdulillah, dengan cuaca yang elok dan redup memudahkan segala-galanya. Untung arwah abah, meninggal dunia pada pagi Jumaat, di bulan Ramadan yang mulia ini.


Aku rasa arwah abah tenang dengan kehidupan di alam yang baru. Mungkin dia dah tak sabar nak jumpa mak, sapa tau kan? Takdir Tuhan menentukan segalanya..

Pastinya arwah mak dan abah adalah soulmate yang ditakdirkan untuk hidup dan mati bersama. Jarak 4 bulan tu taklah terlalu lama untuk diaorang bersama di alam yang baru. Doa aku semoga arwah mak dan abah tenang dan damai di sana..Kami semua redha atas apa yang berlaku.

Pastinya hari raya kali ni akan berbeza seperti tahun-tahun sebelumnya..:(


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...