14.8.11

Suka kat mana?

Salam,

Alhamdulillah, hari ni dah pun 14 ramadan. Sekejap je kan dah nak masuk setengah bulan puasa..Confirm start esok lagu raya dah berkumandang..Infact kalau pergi ke kedai-kedai ataupun shopping complex pun dah start pasang lagu raya, tapi aku belum feel lagi la..Feel raya tak sampai lagi ni, ntah kenapa ek?

Dan setakat 14 ramadan ni aku masih lagi belum berbuka puasa di luar..Mungkin bukan sekarang, tapi sejak dari dulu lagi aku memang susah nak buka puasa kat luar la..Tak feel gitu, haha..Pernah la buka puasa kat luar tapi sangat jarang sekali.

Kenapa tak feel? Pasalnya kan aku selalu terfikir antara nak buka puasa dan nak sembahyang maghrib..Yelah kan, waktu maghrib tu kan pendek, karang tengah syok-syok makan tetiba waktu maghrib dah nak abis pulak kan..

Aku memang suka fikir susah jer. Pernah sebelum ni buka puasa kat luar, lepas tu aku terkejar-kejar balik ke rumah pasal nak sembahyang waktu tu time dah pukul 8.00 malam, tak syiok kan sembahyang maghrib dah lambat-lambat gitu..(alasan..cam takde surau ke masjid kat luar kan? tapi..aku lebih suka sembahyang kat rumah..)

Jadiknya disebabkan aku asik fikir susah je, maka baiklah aku berbuka puasa kat rumah jer. Lagi pulak ada budak-budak kecik yang memang tengah hyper active ni kan..Better buka puasa kat rumah lagi seronok..Nak makan bersepah ke apa ke, ha suka hati..:)

Korang suka buka puasa kat mana? Kat luar ke kat rumah?

2 comments:

  1. salam ramadhan ke 14 utk miss juga.
    wah!!
    dian pun rumah baru, sweetnya.. cantik tau...

    edit sendiri ker? terbaiklah..
    oh ya, bab berbuka tu.. samalah.. hingga kini hanya berbuka puasa di rumah sahaja.. tak pernah berbuka diluar.....

    ayu pun kalau bab solat sama gak, kena cuci muka dgn pencuci.. kena tanggal baju.. aduh!! mmg jenis yang tak selesa, kalau solat di jalanan pun hanya berbaju bersih..

    kalau dh makan, minum, buang hajat.. tak selesanya..

    ReplyDelete
  2. @Citarasa Rinduan haah, edit sendiri, ala ni simple jer, tak setanding blog ayu..hehe

    ayu memang sama kan ngan kita kalau nak solat, remeh tu lebih..apapun lebih selesa di rumah sendiri..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...