26.10.11

Cerita cuti Deepavali

Hari ni hari cuti yang sangat membosankan untuk aku. Rasa macam, "Eh, kenapa cuti?" -- poyo kan? Hehe..Kenapa Deepavali tak cuti umum dua hari kan, macam Raya dan Chinese New Year? Takper, biarkan persoalan tu berlalu. Yang aku tau semua pelajar India di universiti diberi pelepasan cuti selama seminggu, syioknyaa..

Duduk di rumah hari ni, kerjanya nak tido je..Bukan zarif dan zara yang nak tido. Aku dan mrhubby yang asik nak tido jer, huhu. Sampai zara cakap, "Nape asik nak tido jer? Bangunlah..kata nak pergi rumah Tok Tip" (umah mak abah aku ler..). See, sampai anak sendiri tegur, hehe..

Tapi aku nak tido-tido pun, aku siapkan makanan jugak takdelah tak produktif langsung. Aku buat sarapan jemput-jemput ikan bilis dan kentang ala macam wedges kat KFC tu..Pastu tengahari aku masak pulak mihun singapore dengan bebola daging. Ni stok masak dengan bahan yang ada di dapur je, malas nak keluar rumah beli bahan-bahan..:)

Tu pun zarif siap cakap, "Ha, masak bebola daging? Kan bahaya untuk kanak-kanak macam kita..Nanti tercekik macamana?" La..sabar jelah budak ni..Dan aku pun takmo la bahayakan diaorang. Of courselah aku dah potong kecik bebola daging tu barulah aku hidangkan kat diaorang. Nengok mulut budak-budak zaman sekarang ni..Geram je aku rasa tau, grrr...

Petang dalam keadaan hujan lebat, gigihkan diri jugak balik rumah mak abah aku, pasal dah janji dengan budak-budak kan. Hujan punya lebat, siap kilat-kilat lagi..Ngeri jugak duduk dalam keta. Lepas tu dalam keadaan cuaca sejuk gitu, teringin pulak nak makan pisang goreng..

Dan nikmatnya bila minum petang dengan mak abah, dapat mengunyah pisang goreng cicah sambal kicap dan jugak jemput-jemput pisang buatan mak..Sedap tak terkata laa... 

Sekian...:)

2 comments:

  1. fuiyooo bestnya cekodok pisang hehehehhe..apapun air tgn org tua tu mmg sedap kan huda ;)

    ReplyDelete
  2. haha, kena sound dgn anak sendiri nampak...
    Budak2 skrg ni mmg bijak je berkata2 kan. Ngalahkan orang tua kadang tu...huhu

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...