27.1.12

Cuba korang try buat..



Resipi ni aku amik dari dayangjack.blogspot.com

Percayalah kesedapannya tak terhingga, lagi-lagi makan time cuaca panas, memang sedaplah. Aku dah buat hari tu, tapi tak amik gambarnya pasal tak cantik. Plus, nak buat puding ni kena dalam bekas yang comel dan cantik-cantik. Tapi aku takde bekas comel,yang ada semua besar gedabak.

Untuk pengetahuan nak buat puding ni memang tak sesuai kat bekas besar gedabak, taulah puding kan lembut, fragile gitu..

Tapi yang sungguh-sungguh menikmati puding ni aku dan mrhubby je..Dan aku pun sangat excited la nak bagi anak-anak aku makan puding yang aku buat ni dan bila tanya diaorang;

"Dah makan puding yang ibu buat? Sedap tak?" Serius aku tanya dengan penuh excited mengharapkan jawapan yang sungguh positif..

" Dah makan dah..tapi tak sedap pun...." memang jujur sungguh jawapan diaorang ni.

Hancur rasa hati..huhuhu..Tapi takpelah, janji mrhubby kata sedap..:)

13 comments:

  1. mesti luluh rasa hati bila anak dengan jujurnya cakap tak sedap ya huda. Kalau akak mmg frust gila, nasib baik hubby menyokong ya...

    ReplyDelete
  2. Tu lah kan, kadang2 kita rasa sedap budak2 tak suka. Kdg2 kita rasa biasa2 je, tp budak2 bukan main kata sedap.. haha..

    ReplyDelete
  3. @~ yus ~ memang frust kejap la kak yus, tapi positif jelah kan..

    ReplyDelete
  4. @Zefa NorAsmara memang itulah selalu yang berlaku ye kak..

    ReplyDelete
  5. x pe la yg penting habis.. mr hubby pun suka kira lulus la tuh.. hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masalahnya puding tu tak abis lagi..huhu

      Delete
  6. hehehe kanak2 mmg telus.. mana pandai menipu.. makanya mungkin hubby kata sedap sbb nak amik hati kot. hehehe xpe2 nnt boleh ty lg...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin gak kot queen, dia pun mkn dok kata sedap, takperlah kalau dia nak amik hati sekalipun, janji dia mkn puding tu, hihi..

      Delete
  7. budak2 ni jujur ke dia saja jer nk buat lawak jer tu...

    yg penting cik abang sukakannn...

    ReplyDelete
  8. lain kali buat bagi sedap ..hehehh

    ReplyDelete
  9. seb baik hubby akak cakap sedap. izan pun kalau buat apa2 puding, yg suka makan si kembar aje. yg lain2 tu pandang sebelah mata je.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...