17.1.12

Setengah bulan pertama

17 hari di tahun baru. Setakat ini, alhamdulillah. Bekerja dengan dua orang bos yang baru juga ok saja, meskipun masing-masing memiliki perangai yang berbeza. Itu yang aku suka cabar diri, belajar tentang karakter orang..So far so good dan sentiasa mengharapkan kerjasama yang baik dari semua pihak.

Hari ni juga aku dapat tahu tentang suatu perkara (berkaitan kerjaya) yang mungkin boleh buat aku tak tido malam. 

Kejap rasa serba salah menghantui diri. Yea, berita itu berita baik tapi ia juga boleh buat diri ni rasa serba salah. Tapi aku cukup menghargai..Hanya satu je aku boleh katakan, terima kasih.

Panjang lagi langkah aku dalam bidang kerja ini..Sentiasa mengharapkan yang terbaik dan semoga Tuhan memudahkan segalanya...



1 comment:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...