24.4.12

Buku ke barang kemas?

Yup, today agak busy dan kelam kabut sikit. But so far so good. Tak berapa sempat nak bw tapi akan cuba nak bw ke blog korang, hehe.

Agak teruja dengan Pesta Buku yang akan berlangsung pada 27 April hingga 6 Mei nanti. Rasa membuak-buak nak pergi. Agak-agak kalau ajak mrhubby pergi, dia nak tak eh? 1 Mei tu boleh pergi kan, kalau bertolak awal pagi mesti boleh punya, boleh tak abang? 2 Mei tu aku mohon cutilah, hehe.

Serius, aku ni agak-agak kalau disogokkan dengan buku dan barang kemas, confirm aku pilih buku..Aku sanggup dok kedai buku dan menilik buku dari menilik barang kemas. Entah ek, dari dulu aku tak suka pakai barang kemas, rasa macam gatal je tangan ngan leher ni semua.

Teringat masa kecik-kecik, masa mak pakaikan rantai, tangan aku asik la pegang rantai tu, lepas tu asik tanya mak, bila boleh bukak rantai tu? Sebabnya mak akan pakaikan rantai masa hari raya dan hari yang penting-penting je..(eh apasal boleh tercerita pasal barang kemas lak ni, boleh la eh..). Kalau kenduri kawin mesti kena pakai barang kemas, tapi kenapa eh? Aku memang ikut suka aku, kenduri kawin pun aku tak pakai barang kemas sebab cepat rasa rengsa dan rimas..

Ye ke, kalau kita pakai barang kemas masa kenduri kawin tu nak menunjukkan la yang suami kita tu mampu tanggung kita, kononnya hidup kita senang la, sebab tu kena pakai barang kemas masa pergi kenduri kawin? Kat kenduri kawin kan ramai orang, jadi banyaklah mata yang memandang kalau kita pakai barang kemas yang banyak, eh ye ke? Bagi pendapat sikit. Kira kalau tak pakai barang kemas tu, macam tak mampu la, yea?

Dah la, tadi cam nak tulis sikit je, dah terbanyak lak ni...:)



14 comments:

  1. kita pun x bape suka..takat cincin okay le lagi tu pun buka pakai..part gelang dan lain2 lagi tu mmg prefer yg cute2 jek (yg pasti bukan emas)

    ehhh bestnya pesta buku..dah lama mgidam nk pegi..kita kdg2 rasa bosan mmg ke haris bookstore kat tebrau city lepak kat sana smbil baca buku ngan budak2 ;)

    ReplyDelete
  2. SY suke buku. Klu dating dulu2, tmpt pilihan sy - kedai buku or library.

    =D

    ReplyDelete
  3. sy pun nk g pesta buku tu.. jom kak!!

    ReplyDelete
  4. kalau sempat pergilah dua-dua sekali...

    ReplyDelete
  5. Kakcik ada satu almari novel dan buku2, tapi kakcik tak ada satu pun barang kemas. :)

    ReplyDelete
  6. kak yus ada satu je setiap satu, gelang satu cincin satu, rantai satu, subang satu. Tu pun cincin tunang, rantai hadiah kahwin dan gelang tu hadiah lepas kahwin,subang pulak hadiah dari mak dari masa anak dara dulu, tak pernah tambah pun...:)

    ReplyDelete
  7. macam tu pulak ke? tak pernah dgr pulak. setakat opakai gelang dgn cincin je. gelang mmg pakai. cincin tu time berjalan2 je.

    ReplyDelete
  8. akak alergic barang kemas, serius! kalau pakai nanti kulit mesti keluar bintil2 gatal hahaha...naper ek?

    ReplyDelete
  9. sy pun suka pakai rantai jer.. x ksiah la org x nampak pun sbb bertudung.. cam gelang / cincin tu kdg2 je pakai.. ikut mood.. brg2 kemas tu pun sumer hadiah dr en hubby lepas kawen.. masa bujang2 dulu jgn harap la nk beli brg kemas.. sanggup lg kumpul novel.. hehe..

    ReplyDelete
  10. wife papa mifz pun tak gomar pakai brg kemas sgt...

    ReplyDelete
  11. Salam kak huda... thanks ye bg kite g pesta buku ni..eppy sgt ; )

    ReplyDelete
  12. buku best. buleh masuk dalam dunia cite

    barang kemas pun best. xde duit, gadai. kikikiki

    ReplyDelete
  13. @Anonymous it's ok ain, enjoy ur day there, akak pun akan pergi jugak, iallah, hehe

    ReplyDelete
  14. izan pun cuma pakai gelang tgn je skrg. cincin rantai mmg dah lama tak pakai sbb cam rimas je sejak dah beranak pinak ni.

    hmmm... org2 tua gitulah, kalau boleh masa kenduri kawenlah segala mcm brg kemas kena pakai. tapi ai tak suka..nak buat camna...

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...