23.4.12

Pentingkan diri

Selamat hari Isnin, cepat betul masa berlalu kan. Ok, ni aku nak cerita kejadian pagi ni masa hantar Zarif ke sekolah. 

Kebiasaannya semua ibu bapa kalau boleh nak hantar anak-anak betul kat depan kawasan yang selamat, kalau boleh biarlah kelas anak-anak tu depan mata je termasuklah aku. Rasa selamat je bila nampak anak tu turun dan terus masuk ke kelas.

So pagi ni rutin hantar Zarif macam biasa. Depan kereta aku tu, ada kereta yang dipandu oleh seorang ibu nak menurunkan anak-anaknya. Zarif dah turun dari kereta dah, tapi yang kereta depan ni masih dok syok sendiri, aku tak nampak pulak anak dia dah turun kereta ke belum. Kereta-kereta mak bapak lain dah berderet kat belakang kereta aku, kebanyakannya anak-anak dah turun dari kereta.

Masalahnya mrhubby tak boleh nak bergerak, kira dah stuck la (kawasan sekolah sempit, jalan memang ngam-ngam je). Mrhubby dah hon kereta depan tu (kalau boleh mintak geraklah ke depan sikit, cari kawasan lain, kalau anak ada problem ke kan). Tak lama pastu aku nampak anak lelaki dia turun dari kereta, dengan keadaan menangis. Ok, fine..Tu pun, kereta dia bergerak bila ada cikgu tegur bila nengok kereta lain dah mula berderet.

Pada aku, tak kisahlah kalau ada masalah dengan anak ke apa ke, yang penting jangan fikir hal sendiri, fikir hal orang lain. Kalau nak bagi tazkirah kat anak ke nak marah ke, gerak kan kereta ke depan sikit je, bagi laluan pada kereta-kereta lain yang dah turunkan anak diaorang ni boleh keluar dari kawasan sekolah. Masalah orang kita ni la (for certain cases) - PENTINGKAN DIRI SENDIRI.

Kalau boleh belajarlah untuk tidak pentingkan diri sendiri, nak-nak lagi time hantar anak sekolah. Kalau kawasan sekolah tu luas dan tak menyusahkan kenderaan orang lain, tak kisahlah korang nak berhenti berapa lama pun. Kita kan hidup bermasyarakat, so pandang-pandanglah kiri dan kanan yea..Kalau nak orang hormat kita, kita pun kena hormat orang lain..





13 comments:

  1. Bila kita mengejar masa, sedikit kesilapan pun akan kita rasa menyusahkan, kan?

    ReplyDelete
  2. wah..melampau tu..memang pentingkan diri danboleh menaikkan darah org

    ReplyDelete
  3. Kerana hal beginilah sekolah anak kakak tak benarkan ibu-bapa yg hantar anak berhentikan kereta depan gate sekolah. Kena turun dipintu gate tepi sebab kalau tak Huda... kereta cikgu pun terhalang nak masuk... pakcik guard yg kesian lari sana-sini...

    ReplyDelete
  4. @Kakzakie sebenarnya memang tak boleh masuk pun kak, tapi sekolah zarif tu betul tepi jalan besar..isu ni baru dibincangkan kat mesyuarat PIBG last week..haraplah nanti ada penyelesaian, saya takde masalah nak berentikan zarif kat luar tapi biasalah nak pastikan anak selamat..:)

    ReplyDelete
  5. btol tu..semua org nk anak dia selamat sampai ke kelas dgn selamat

    ReplyDelete
  6. selfish btl.. agak² la.. klu rs ada masalah, pttnya park jauh ckit yg xhalang laluan org lain...

    ReplyDelete
  7. hmm mmg kasi hangin la pagi2 kereta macam tu. huhu...

    ReplyDelete
  8. itulah..makin2 fikir diri masing2 je.. tnpa tgk sekeliling...

    ReplyDelete
  9. Sy isau klu die mrh anak die sbb bt hal. Ape salahnye klu park kete jauh sket. Pujuk anak. Sekurang2nye, kite tak mengganggu org blkg. Dan baran kite pun takkan smpi maksima sbb didesak oleh kete belakang. At the same time, nak kene melayan kerenah anak tak nak ke sekolah (mgknlah sbb anak die nangis)....

    Sy selalu mengadap situasi nie. Kebetulan, umah sy betul2 sebelah sekolah. Adehhh...

    ReplyDelete
  10. spndpt ngan farah (pok amai-amai) klu nk marah2 anak park le jauh sikit..jgn nak pkr diri sndiri jek kan..tapi cian anak2 yg kena marah before ke sekolah..kita klu tmarah anak before ke sekolah rasa bsalah 1 hari tu ..

    ReplyDelete
  11. kite memang tak penting diri sendiri...

    ReplyDelete
  12. mmg ramai yg jenis suko pentingkan diri sendiri kat luar sano tuh...huhu

    ReplyDelete
  13. tak suka pada org yg pentingkan diri sendiri. lagi2 kalau masa nak hantar anak2 sekolah ni.. kena fikirkan org lain sama..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...