26.4.12

Rugi setengah jam

Kebiasaan memang datang seawal pagi ke tempat kerja. Senang kata orang pertama la. Tapi hari ni tidak.

Rutin kebiasaan keluar rumah mesti pukul 6.50, first mesti hantar Zara ke taska dulu. Tapi bila ke taska pagi ni nengok banyak kereta dah menunggu termasuklah kitaorang yang baru sampai. Pintu semua bertutup rapat, dalam hati dah pelik dah. Takkan la cuti kot. Sebenarnya ada seorang pengasuh yang tinggal di taska itu, memudahkan la bagi parents yang memang datang seawal pagi cam aku nak hantar anak. Dah bagi salam semua tapi masih senyap sunyi. 

Muka parents lain semua dah resah semacam. Aku cuba contact pengasuh yang lain (pemilik taska) tapi hp dia tak berangkat. Last decide, hantar la Zarif ke sekolah dulu diikuti mrhubby ke sekolahnya untuk thumbprint, dan kemudian berpatah semula ke taska Zara. Senang kata, pagi ni Zara makan angin. Aku ok lagi sebab masuk kerja pukul 8 jadi ada banyak masa free..:P Dalam pukul 7.30 sampai semula ke taska Zara, pengasuh tu bukak pintu. Aku tanya mana hilang tadi? Dia cakap yang dia pengsan di bilik. Actually dia dah bangun awal, tapi tiba-tiba dia rasa berat kepala, mungkin pitam macam tu la..Tersedar semula bila dengar bunyi telefon dari pemilik taska.

Yea, inilah part of problem bila hantar anak ke taska. Mungkin tak selalu berlaku, kira macam kes terpencil la..but then kena redha..Mujurlah kitaorang ni kerja dekat-dekat je, kira ok lagi. Kesimpulannya, aku rugi lebih kurang setengah jam hari ni, setengah jam tu sempat blogwalk kejap termasuk bfast, hehe..


13 comments:

  1. hihi, rugi 1/2 jam untuk bw ya huda....kihkihkih.

    ReplyDelete
  2. takpe takpe. ada hikmah tuh.

    ntah2 kalau awal 1/2jam tu akan jadi apa2 ke...who knows kan?

    ReplyDelete
  3. pengsan? dupdap2 dah baca perenggan kedua tadi tu...

    takpelah huda...nnti boleh ganti balik masa bw tu ye...

    ReplyDelete
  4. :) awalnya keluar rumah.....

    ReplyDelete
  5. kesiannya pengasuh tu pengsan pagi2.. rugi masa nak bw yer huda.. he..he..

    ReplyDelete
  6. pengsan ke terlajak tido? hahaha...

    aku ni susah sikit nak percaya ckp pengasuh, sbb dorang jenis suka putar belit citer nak selamatkan diri sendiri...haha...

    ReplyDelete
  7. Sebab itu tak galakkan lepas subuh tidur..kadang boleh terlajak..

    ReplyDelete
  8. @wahida entah ek, aku assume yang positif je la, lagipun dia pregnant, kurang tekanan darah, fikir yang baik jer..

    ReplyDelete
  9. Aduh.

    Sbnrnya, kita semua kena jaga kesihatan. Makan ikut masa yang ditetapkan. Klu jenis yg amik remeh psl hal makan2 nie, mcm ni lah jadinye.

    Dia diamanahkan utk memikul tgjwb besar. Kes mcm nie walau terpencil tp menakutkan....

    ReplyDelete
  10. adeh cian pun yea gak klu betul le dia pngsan kan :(

    relas kerja mengejar masa tapi nsb le tak smpai terlewat ke tmpt keje kan :)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...