19.12.12

Beli baju sekolah Zarif


Ni first time beli baju sekolah brand CANGGIH. Tahun lepas tak dapat beli brand ni, so tahun ni kita berhabis sikit. Orang kata kainnya bagus (memang ok la). Esok ke lusa sambung lagi beli barang sekolah Zarif, dah tak banyak dah tinggal sikit je lagi...Baru tau jugak yang brand CANGGIH ni boleh dibeli secara online (ketinggalan zaman betul aku).

Beli dekat-dekat akhir bulan ni baru feel sikit, hehe (padahal tunggu duit bonus). Duit pun laju je mengalir keluar macam  air tapi semua parents pastinya nak bagi yang terbaik untuk anak-anak kan..:) - (Ishh, tetiba rasa sebak mengenangkan kepayahan mak abah mengeluarkan duit beli segala keperluan sekolah untuk aku 5 beradik, huhu).

Aku tak beli sekaligus banyak tapi beli sikit-sikit dulu. Stationeries semua alhamdulillah dah lengkap. Yuran Tadika Zara pun dah bayar tinggal nak pergi sekolah je next year. Yuran sekolah rendah dan sekolah agama Zarif akan dibayar masa pendaftaran dan pembelian buku pada 31 Disember dan 1 Januari nanti.

Yeay esok negeri Johor bercuti umum, bestnyaaa....:)

7 comments:

  1. Mulanya kakcik juga nak beli pakaian jenama Canggih macam tahun lepas di Kedai Canggih milik blogger Azian Elias. Tapi mengikutkan kehendak anak2, akhirnya kami beli di Professor je...

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. Oh belum lagi...nak sambung lagi nanti.

      Delete
  3. akak tak habis beli lagiler..
    dah nak start sekolah dah .. ish teruk betoiler ibu dia...

    ReplyDelete
  4. brand canggih lambat kuning banding brand lain.. mcm linda, baju putih mmg kompom amik canggih, kalau kain biru tua tu, campur2 jugak...

    ReplyDelete
  5. tengah mencari-cari baju sekolah anak2 lagi...
    lega bila yuran dah bayar....

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...