29.12.12

Suka Duka 2012

29 Disember 2012, tinggal lagi 2 hari sebelum menjengah ke 2013. Kalau panjang umur in sha allah bertemu di tahun baru.

Tiada azam yang khusus dari aku untuk tahun baru. Sebab aku ni jenis yang follow the flow. Memang hari-hari pun selalu berniat nak jadi lebih baik dari hari sebelumnya. Cuma ada kenangan suka dan duka untuk diingati sepanjang 2012. Pada aku segala yang berlaku baik manis dan pahit buat kita lebih menghargai kehidupan dan orang-orang yang ada di sekeliling kita.

Antara yang manis untuk dikenang adalah bila dapat menduduki rumah sendiri, syukur sangat. Perasaan berada di rumah sendiri memang sukar diungkap dengan kata-kata. Sampai sekarang pun belum habis deko-deko lagi , hehe. Semuanya bergantung pada bajet...:)

Yang lain bila aku disahkan mengandung, perasaan gembira tu tak terkata sampai tak boleh tido malam..:) Terima kasih Tuhan.

Dan bila ada kenangan manis pastinya ada yang pahit bila aku tak boleh lupa situasi yang berlaku pada mak. Boleh dikatakan itu lah kenangan paling pahit dan paling trauma untuk aku ingat sampai sekarang. Syukur kepada Tuhan sebab aku dan ahli keluarga yang lain masih diberi peluang untuk menerima kasih sayang dari mak lagi..

Satu lagi kenangan pahit bila atuk aku meninggal dunia dan aku tak dapat menghadiri majlis pengebumian disebabkan ada kursus team building di Pulau Sibu. Al-fatihah untuk arwah.

Sebagai hambaNya aku bersyukur dengan segala perancangan dan ketentuan dalam perjalanan hidup ini. Baik yang manis dan pahit pastinya akan dijadikan panduan dalam mengatur hidup pada masa depan.

Terima kasih 2012, in sha allah kita berjumpa 2013. Mudah-mudahan segalanya yang baik-baik untuk aku dan keluarga, juga untuk semua..:)

3 comments:

  1. Mudah-mudahan 2013 baik utk semua

    ReplyDelete
  2. syukur dgn setiap rezeki yg dtg buat kita kan huda. sama juga dgn izan, thn ni dpt duduk rumah sendiri n dpt baby ke-5. mudah2an thn 2013 akan lebih baik lagi buat kita semua...

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah... tumpang happy dgn kegembiraan awk..dpt dudk rmh sendiri & mgandung..semunya rezeki drp Allah swt..

    tp..inilah kehidupan..disebalik kemanisan hidup..pasti akan tercalit kepahitan..

    walaupon pahit.. namun ianya lah y mjadikan kt kuat & tabah serta saling mghargai insan sekeliling

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...