31.12.12

Ok confirm - Tadika Pasti

Ohh, Rabu ni dah naik sekolah ek, cepatnya masa..Ikutkan sebelum ni aku taknak hantar Zara ke Tadika Pasti. Kononnya bila Zarif dah sekolah situ dulu, jadi nak hantar Zara ke tadika lain yang lebih omputih sikit, hehe.

Tapi bila Zarif kata dia terer baca bila belajar kat Tadika Pasti tu, buat aku berfikir-fikir banyak kali. Ditambah lagi bila Zarif boleh solat sendiri, boleh hafal macam-macam doa lagi buat aku berfikir berkali-kali lagi..:) Pastinya kebolehan setiap anak berbeza-beza dan aku dah nampak pun perbezaan tu kat Zarif dan Zara ni. 

Tapi kita fikir yang positif je lah kan. So untuk memudahkan segala urusan maka keputusan nekad telah dibuat ---- Zara sekolah di Tadika Pasti sahaja, yeay..:) Pastinya memang more to Islamic kan (semua orang pun tau). Ada disediakan makan (kalau tak silap 3 kali sehari). Aku hantar Zara dari pagi sampai petang, sama macam Zarif dulu..Senang cerita takyah nak transit mana-mana. Bayaran yuran pun berbaloi..

Semalam ada taklimat kat Tadika Pasti ni dan urusan penyerahan pakaian seragam. Serius tak sangka Zara dah besar la..:)

 Ni uniform biasa

Ni pakaian sukan

Nanti petang nanti nak cari tudung lagi untuk Zara. Semalam nampak dia pun ok kat sekolah tu dengan kawan-kawan dia. Haraplah dia tak meragam Rabu ni..

13 comments:

  1. sama anak AK Rabu ni ke sekolah dah..tp br 4 tahun..zara berapa tahun?

    ReplyDelete
  2. Zara kalau ikut umur baru 4 tahun tapi kalau ikut tahun 2013 memang 5 tahun..:)

    ReplyDelete
  3. good luck zara... ehem, cantik la wall paper u tu.. berkenan..:)

    ReplyDelete
  4. TAhniah zara...:) dah sekolah dah..insyaallah pasti best..

    ReplyDelete
  5. comelnya zara dgn pakaian sekolahnya...
    sure tak sabar nak jumpa kengkawan juga....

    ReplyDelete
  6. Chomelnya Zara...teringat masa anak pompuan kecik2 dulu, rindunya waktu tu.

    Kita berusaha memberi yang terbaik buat anak2. Didikan awal amat penting. Dunia penting tetapi akhirat lebih penting.

    ReplyDelete
  7. Anak-anak kakak semua ke Tadika Pasti Huda. Memang betul rata-rata anak tadika Pasti bila akhir tahun pertama (tak kiralah yg 4-5 tahun) pasti sudah pandai bersolat. Membaca Iqra' dlm tangan, kalau jawi boleh baca apa lagi rumi pasti boleh kan. Kakak alu-alukan Huda... Tunggulah masuk bulan 7-8 Zara dah boleh baca buku cerita.

    ReplyDelete
  8. d mana nak beli tudung Pasti tu ye?uniform dah ada cuma nk cari tudung dlm sehelai dua lg..melalui online atau area2 KL ker?ada tak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tudung ni mmg dapat sekali dengan baju seragam..Nanti nak cari tudung lagi..

      Delete
    2. saya pun dpt gak tudung tu ngan baju seragam..cumanya nk cri lg tudung pasti tu kot2 ada jual kat kedai...agak2 ada tak jual kat kedai tudung tu?

      Delete
  9. comelnyer.....anak saya yang pertama (Zaeem) pun saya hantar ke PASTI.sangat positif perkembangannya....saya yakin keputusan saya untuk menghantarnya ke PASTI adalah tidak salah....al maklumla kan dunia moden sekarang. ibubapa berlumba2 nak hantar anak2 mereka ke Tadika English...kononya nak memberi pendedahan kpd bahasa English...hati sangat tenang dan genbira apabila Zaeem sudah mampu menghafal surah Al-Fatihah selepas 3 minggu bersekolah...alhamdulillah....untuk anak kedua (ZARA) pasti mama akan hantar ke PASTI juga Inshaa Allah....semoga anak2 kita menjadi insan soleh dan solehah.....

    mamazaeemzara

    ReplyDelete
  10. Anak saya Suffeyya pun baru masuk Pasti this year 6 tahun, last year antar kemas..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...