30.4.13

Baru update | Kisah check up

Maaf sebab baru sempat jengah ke blog sekarang ni. Sibuk yang amat sejak minggu lepas, ada jugak aku ke blog kawan-kawan tapi tak sempat tinggal jejak cuma baca mana yang sempat je.

Ahad sempat buat scan 4D kat Hospital Pantai dekat dengan rumah parents aku. Alhamdulillah keadaan baby semua ok, dah tak breech lagi kepala baby pun dah turun ke bawah so ada harapan nak bersalin normal (Think positive!!!) Lepas tu tak dapat nak capture gambar baby sebab tangan dia menghalang muka dari diambil gambar, huhu. Kata dr, kalau amik gambar tu pun nampak gelap je so rugi la kan..Oklah, nak buat camana kan, redha jelah..

Semalam checkup kat Klinik Kesihatan Kerajaan la pulak, ajak mrhubby temankan aku. Yea aku paksa dia cuti, hehe. Biasalah ibu mengandung nak bermanja-manja..So semua pun ok, dan nasib baik takde kena minum air gula lagi, haha lega sangat. Bacaan Hb 13.9 dan berat badan 62.6 kg..Oh yea masa scan kat Hospital Pantai tu dr kata berat baby sekarang dah 2.5 kg..Hmmm, ada lebih kurang 4-5 minggu lagi ni rasanya boleh jejak ke 2.9 kg - 3.0 kg kot, lebih kurang berat abang dan kakaknya la ni..:)

Jumpa kawan-kawan ramai yang tanya;

"Bila nak bersalin ni?" 
"Tak lama lagi ke?" 
"Macam tak lama je ni.." 
"Perut macam dah turun ke bawah.."
"Lagi seminggu ke?"

Aihhhh, seram ok..Sabar ye semua..Ikutkan due aku adalah pada 9/6/2013. Tapi tak taulah kalau nak terkeluar awal ke terlambat ke so redha je. Ikutkan mrhubby, dia nak aku bersalin time cuti sekolah nanti. Cuti sekolah adalah pada 25/5/2013 hingga 09/06/2013. Kalau ikutkan tarikh due aku tu, adalah hari akhir cuti sekolah.

Mrhubby rela aku bersalin waktu cuti sekolah dan dia tak kisah rugi cuti 7 hari bila isteri bersalin tu. Yang penting aku bersalin cuti sekolah, hehe. Tapi tak tau lah kan, aku ni ok je la cuti sekolah ke atau pun tak..Nengok la camana semua pun bergantung pada baby dalam perut ni nanti..Sekarang semua pergerakan dah terbatas dan serba serbi lambat je...:)


 


7 comments:

  1. akk dh nmpk gender lum nih?

    ReplyDelete
  2. Yang penting selamat dan sihat sempurna. :)

    ReplyDelete
  3. kita yang lambat lagi ni pun tiba2 rasa tak sabar nak bersalin huhuhu ;p

    ReplyDelete
  4. bila makin hampir due...
    debaran kian terasa Huda...
    alhamdulillah, dapat girl...
    moga dipermudahkan segalanya...

    ReplyDelete
  5. alahai berat huda baru je 62.6kg? kak aya juara berat nampaknya ni..

    ReplyDelete
  6. Macam mana nak tinggikan Hb masa pregnant..tgk akak punya Hb cantik.Boleh share tak? email saya: farha14sagi@gmail.com

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...