23.4.13

Cerita Zarif la pulak..

Cerita 1

Dah lepas ujian sekolah agama beberapa minggu lepas, alhamdulillah keputusan agak memuaskan. Lagi la kalau nengok dia belajar macam main-main je kan. Bila tanya memanjang jawapannya senang la, boleh laa..Katanya dapat no. 6. Bila aku tanya, "Dapat no. 6 je?" Dia jawab --- "Cikgu kata nombor tak penting la ibu, yang penting markahnya jer.."  Yelaaahh...

Cerita 2

Dah grading taekwando dua minggu lepas untuk ke tali pinggang hijau. Alhamdulillah lulus juga. Ni pun satu hal jugak, asiklah dia cakap nak berenti taekwando tapi baik aku dan mrhubby malas nak layan permintaan dia tu. Dahlah taekwando seminggu sekali dalam sejam setengah je, itu pun malas nak pegi. Ikutkan hajat mrhubby tu tinggi biar dia dapat tali pinggang hitam terus..Kalau dok rumah, asiklah nak nengok tv dan main game je..Biar weekend terisi dengan aktiviti yang berfaedah.

Cerita 3

Katanya sekarang nak kuruskan badan, kata dia laaa..

Zarif : Ibu kita takmo bawak bekal hari-hari tapi gilir-gilir yea..
Aku   : Ok..
Zarif : Isnin tak yah bawak bekal, Selasa bawak, Rabu tak bawak, Khamis bawak, Jumaat tak bawak..
Aku   : Oh macam tu ke?
Zarif : Eh kejap..kalau macam tu cuma 2 kali je ke kita bawak bekal?

Alahai Zarif, kelakar pun yea gak. Niat nak menguruskan badan tu ada, tapi siap kira hari yang dia boleh bawak bekal cuma dua kali je, hehe. Takpelah, makan je lah janji ada tenaga dan aktif hari-hari..






14 comments:

  1. kecik2 dh pndai nk diet hehehehe..comel jer zarif ni ;)

    ReplyDelete
  2. hehehe anak2 kan kak.. mmg mcm2 ragamnya.. tp kalau mereka nk buat perkara yg baik kita sbg ibubapa kenala support kan...

    btl gak ckp zarif tu no x penting yg penting markahnya.. ;)

    ReplyDelete
  3. tahniah zarif! betul tu, nombor tu angka je. yg penting dia faham dgn baik apa yg ustazah ajar di sekolah.

    hikhik... kelakar lah zarif ni. boleh plak ye nak pilih2 hari nak bawak bekal.

    ReplyDelete
  4. Biasa anak2 ni makin besar akan hilang kemontelannya, selagi sihat dan tak memudaratkan tak apalah.

    ReplyDelete
  5. Boleh tahan kan budak sekarang Huda. Minda cepat berfikir. Nak kurus sebab nak nampak cantik tapi bila fikir balik nak makan sedap ibu masak hihi...

    ReplyDelete
  6. zarif zarif...kelakar pun ada...kalau dia tak nak teruskan taekwando, apa kata ko hantar dia gi kelas swimming? swimming pun bagus...

    ReplyDelete
  7. semangat nak diet.. dah pandai berfikir untuk bergaya la tu kan hehe.. anak bujang.. biasalah :)

    ReplyDelete
  8. nampak bijak zarif ni...pandai berkata-kata Huda...moga akan terus cemerlang lagi

    anak kat rumah tahu kalau tak bawa bekal konpom mama kasi duit belanja...

    ReplyDelete
  9. salam huda..

    alolor.. comelnya zarif tu..

    ReplyDelete
  10. siap berkira 2 hari je pulak tu ..

    ReplyDelete
  11. alahai zarif... baguih dia nak bawa bekalkan...
    anak saya nak masukkan taewondo tak buat lagi..

    ReplyDelete
  12. hihi, kelakarlah Zarif. Alia belum tahu lulus ke tidak, lom jumpa cikgu taekwando dia pun, minggu lepas ada kem bistari solat di sekolah,jd taekwando takde...

    ReplyDelete
  13. makan tu ok...tapi yang berkhasiat apa salahnya...
    kadang2 pikir bagus jugak anak nak makan..
    sebab saya tengok ada ramai lagi budak23 yang tak suka makan..melidi je sampai kurang khasiat..'

    ok..jangan bagi zarif baca komen ni ye..hahaha

    ReplyDelete
  14. Chomel..kelakar dan pandai ye zarif
    salam kenal dr chekgu azrine

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...