16.4.13

Lock Channel Kartun di Astro Beyond

Semalam cerita pasal gajet, yang ni pulak pasal TV..Aku memanglah pelanggan Astro pastinya channel kartun ada dalam list sebab aku amik pakej Super Pack.

Masalah utama bila Zarif terutamanya dok sedap mengadap tv channel kartun (tak semua channel pun dia nengok, ada beberapa je) bila ada masa senggang. Contoh masa senggang tu, tengah tunggu bersiap nak pergi sekolah pagi, bersiap nak ke sekolah agama dan balik dari mengaji. Senang kata bila ada masa senggang la, sekejap pun takpe janji boleh layan kartun.

Lama-lama aku macam dah tak tahan la pulak. Nak buang terus macam rasa kesian so aku nak lock je channel tu. Sebenarnya dah lama pun berniat nak lock channel ni tapi tak terbuat-buat sampai dah pakai Beyond baru sibuk nak lock..So semalam aku lunaskan niat yang tertunggak tu...Hahahahaha (gelak jahat) sungguh aku puas hati!


Habis dah semua channel kartun aku lock! Password aku dengan mrhubby je tau. Ada waktu aku akan bukak channel kartun ni dan pastinya bukan masa hari sekolah..Yelah kan, kadang jadik parents ni memang kena tegas kalau tak budak-budak ni memang naik lemak laa..

Malam memang diaorang tak layan kartun pun sebab malam memang khas untuk aku dan mrhubby so diaorang tak kacau tapi bila waktu senggang dia (Zarif) dok layan kartun sampai nak bersiap ke sekolah pun sambil lewa dan lambat je tu yang buat aku nak terus lock je..

Pagi ni pun semua lemau je kena layan channel OASIS (aku memang suka bukak OASIS pagi-pagi). Kesimpulannya takde tab, PSP mahupun kartun minggu ini dan minggu seterusnya, hehehe....

Oh ye kalau korang nak tau macamana cara nak lock channel kat Astro Beyond boleh rujuk kat sini..


18 comments:

  1. akak dah pernah lock 2 kali tukar password tp dia boleh tahu juga akhirnya...huhu. Ni Aqil le, memang pandai betul bab teka password, skrg malas nak lock, pesan je, kalau tak ugut buang terus channel tu, pernah buat dah sebelum ni buang channel kartun tu lebih kurang 6 bulan juga, takut dia kita buat lagi...so mendengar kata jugalah...:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haraplah Zarif tak dapat teka pword yg saya letak.. Saya akan bukak channel kartun kalau dia boleh ikut apa yg saya nasihat.. Mula2 ni mmg cam mengamuk gak la kan tapi lama2 nanti mesti ok, saya pun takdelah kejam sgt tapi kalau apa yg kita ckp sebelum ni asik lah buat dek je dan main2 mmg kena hukum la...

      Delete
  2. setakat nie, anak bujang saya kurang sangat tgk kartun kat astro. dia lebih pada ipad dia jer...

    ReplyDelete
  3. hehehe..kesian dak 2org tu kak.. tp nk xnk kena buat mcm ni gak.. budak² klu dh tgk kartun, mmg ralit..

    ReplyDelete
  4. Akak ni jenis tak sampai hati dengan anak2...nengok buat muka sekupang tu terus lemau hati mak...hahhaa... Mendidik anak ni perlu tegas dan mereka perlu tahu semua itu untuk kebaikan depa gak.

    ReplyDelete
  5. Sejak ada ipad, BS dah tak layan sangat tv...

    ReplyDelete
  6. budak kalau tengok kartun memang khayal...
    hujung minggu bole layan sepenuh hati kan zarif...

    ReplyDelete
  7. Sebab itulah rumah kakak tak ada astro Huda. Kadang kena bekorban sama. Kakak jaaaaarang tonton tv pun kerana anak juga. Kalau kita menonton alamat dia pun akan ikut sama. So... langkah selamat semua sama-sama. Tengok sama-sama tak tengok pun sama-sama...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul kata akak, kadang kita kena berkorban tapi malam biasanya memang budak2 tak kacau sbb diaorang pun tido awal..Ni waktu siang ni kak yang buat saya sakit mata..Tu pasal saya lock je, huhu

      Delete
  8. Ololololo...sian superhero tu tau. Heheheh.

    ReplyDelete
  9. Salam huda..

    bila dah ngadap tv mmg anak2 jd terleka.. tp akak tak pernah nak buat lock tu sebab tak reti he..he.. mcm skrg ni bila dia org nampak leka aje akak terus offkan tv. Lepas tu suruh buat apa yang patut.. bila kita bertegas mmg dia orang akan tahu takut juga..

    ReplyDelete
  10. Percaye x lieya tak reti lock2 ni hahahahaah....

    Thanks buat entry nih so lepas ni siap sedialaaa lieya lock katun2 ni...takut dieorg leka je kan....cuti2 barubleh layan katun....

    ReplyDelete
  11. kak huda, afne pn berniat nk lock channel 616 sbb kebanyakkan kartun situ ganas2. yg lain ok lg.

    ReplyDelete
  12. salam..mcmana nk dpt no pin tu...tq

    ReplyDelete
  13. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  14. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  15. bangga lak blog post jadi rujukan. :D (sorry for earlier typos)

    ReplyDelete
  16. Dah lama nak lock kartun ni..akhirnya berjaya juga..thank u nurul

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...