24.4.13

Pengat oh pengat...

Ok, malam tadi nengok Masterchef Selebriti nengok peserta-peserta yang kena masuk pusingan penyingkiran diminta memasak pengat. Yea pengat ok.. Tak kisahlah pengat apa pun diaorang boleh masak.

Aku boleh makan pengat tapi dari belum kawin sampai lah mengandung anak ketiga ni belum pernah lagi aku masak pengat tau. So boleh dikatakan agak terliur jugak la nengok peserta-peserta ni masak pengat walaupun tak tau diaorang masak tu sedap ke tidak.


Tapi dalam banyak-banyak pengat yang diaorang masak semalam tu, pengat yang Keroz masak menyebabkan dia tersingkir..Dah takde rezeki nak buat camana kan. Aku terliur kat pengat si Afiq tu buat - Pengat Romantik (Pisang + Nangka).

Tapi kebanyakannya semalam semua gagal kat sagu. Diaorang campur sagu dalam pengat tu tapi chef komen kebanyakan sagu kurang masak. Actually camana nak bagi sagu tu masak betul? Memang kena rebus lama ke??

So aku nak cabar diri laa, nak buat pengat pisang..Nak kena google resipi pengat pisang ni, malu je kalau tak reti buat kan. Yang pastinya abah aku sendiri pandai masak pengat, aku pandai nengok je, huhu...

Kalau korang ada idea pasal masak pengat ni silalah share yea..Kalau nak buat pengat pisang, pisang apa yang bagus?? 






12 comments:

  1. Kakak suka pengat yg Syanie buat tu macam sedap aje...

    ReplyDelete
  2. biasanya sagu tu masuk kan dulu... tunggu lama sikit. kene selalu kacau..

    eka suka pengat pisang,pengat ubi ngan pengat durian. sedapnya. hehe. suka kalau dah sejukkan dalam peti ais.. perghhhh

    ReplyDelete
  3. Akak akan basuh dan rendam sagu kejap bg kembang sikit.

    ReplyDelete
  4. izan pun suka pengat. lagi2 kalau pisang, labu n keledek. masak pun takde sukatan, sama ada suka pengat yg cair ke pekat. ehhh... tiba2 rasa nak mkn pengat lagi.

    ReplyDelete
  5. nasib baik Pak Nil berjaya...
    sukalah dengan aksi beliau...selamba

    ReplyDelete
  6. mlm tadi aku punya terliur tgk pengat si afiq ngan syanie tu nok...menjejeh2 air liur aku mlm tadi...hahaha...

    aku biasa gak buat pengat ni nok...kalau nak sagu cepat masak kena basuh pastu rendam lama sikit...pengat kalau buh sagu mmg best kan nok...

    oh, bestnya kalau ada pengat durian depan mata, apa kata ko buat, lepas tu ko hantar kat aku sikit...heheh...

    ReplyDelete
  7. ya Allah sedapnya pengat! jijah pon dah lama xmakan pengat ni..sedap kalau makan pengat pisang dan pengat ubi...

    ReplyDelete
  8. Pengat rozita cik wan nampak menggiurkan...

    ReplyDelete
  9. saya pun suka pengat pisang..kalau ada nangka lagi best.tapi nangka tak boleh nak makan banyak2..

    ReplyDelete
  10. huda tak pernah masak pengat ya? Takpe nnti dah cuba up di blog ya. Kak yus selalu masak pengat pisang dan pengat cendel kak yus sebut, mcm yg Syanie buat tu. Selalu kak yus letak banyak kaler, tak satu kaler je mcm Syanie tu. Kak yus biasa letak hijau, kuning dan merah, budak2 suka sbb tgk pengat tu kalerful, tp skrg pun tak rajin nak buat....huhu

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...