7.5.13

Cukup-cukuplah...| Selamat menjawab periksa untuk Zarif

Beberapa hari ni memang mood agak merundum sikit mungkin disebabkan bahang pilihanraya kot..Malam tadi aku mintak mrhubby block one of my friend kat fb. Tak sanggup la nak baca status-status yang asik menyalahkan orang je.

Cukuplah, pilihanraya pun dah lepas, kita terima saja keputusan yang ada dan terus pandang ke depan. Tuhan Maha Mengetahui segalanya. Aku tak kisah la orang nak post apa je kat fb, tapi kalau dok menyalahkan orang tak sudah-sudah macam kau je bagus memang sakit hati jugak baca, kang aku terbersalin awal payah lak kan, hehe. So enough laaa...Bila kita asik dok salahkan orang kita lupa yang diri sendiri pun ada kekhilafan tanpa disedari.

Orait, tutup pasal tu, cerita pasal lain pulak.


28 April lepas, genap 2 tahun arwah mak mertua meninggal dunia, Al-Fatihah untuk arwah. Sekejap je kan masa berlalu..Kadang nengok mrhubby tenang je dalam hidup tapi dalam hati tak siapa yang tahu.

Haiih, petang ni dah mula periksa pertengahan tahun sekolah agama untuk Zarif. Belajar? Hmmm, tak tau la nak cakap macamana, muka senang hati je. Memang budak laki macam ni ke cara belajar? Sebab macam tak belajar pun, huhu. Aku harap sangat la dalam kelas dia memang jenis tumpukan perhatian dalam pelajaran dan apa yang dia belajar masuk dalam otak dia.

Tapi kan semalam aku bebel-bebel gak kat dia suruh bukak kitab Tauhid dengan buat latihan Jawi. Dah kata budak laki kan, muka memang selamba abis laa, penat je aku bebel-bebel..Tapi dia bukak jugak la kitab tu dan baca sambil buat latihan sikit.

Yang paling tak tahan tu, lepas solat siap baca Yassin..Wahhh, tetiba macam kagum pulak. Zarif dah boleh baca Yassin? Yelah dia kan baru baca Quran dan sekarang dah boleh baca Yassin, alhamdulillah. Rasa sebak jugak la dalam hati, huhu. Dekat setengah jam jugak dia nak abiskan baca Yassin tu..

In sha Allah mudah-mudahan Tuhan permudahkan Zarif untuk jawab soalan petang ni dan hari-hari seterusnya. Ibu tau Zarif boleh buat ok!! Ibu ni marah-marah dan bebel kat Zarif tapi dalam hati sayang sangat tau tak...(ok dah mula sebak daaa..)


9 comments:

  1. kehilangan org yg tersayang bukan sesuatu yg mudah utk kita lalui tapi yakin Allah lebih menyayanginya..makin lama makin rindu pada arwah..itu yg dirasa sekarang ni..

    zarif all da best ya..baca doa banyak2..insyaAllah boleh!

    ReplyDelete
  2. Sebenarnya setiap hari jumaat di sekolah memang ada baca Yasiin buat semua kan Huda. Tapi tak tahulah sekolah Zarif, tapi rasanya sama sebab atas negeri Johor juga..

    Selamat menjawab periksa Zarif sayang...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang ada baca yassin kak, tapi selama ni dia akan diam dan ikut sikit2 je tapi kali ni dia dah boleh baca full walaupun lambat sikit.

      Delete
  3. esok darjah 4-6 sek kebangsaan anak start exam...samalah dengan anak kat rumah tuh minta ulangkaji payah, kena mama duduk depan mereka baru jalan...
    kita doakan semoga mereka berjaya dengan cemerlang Huda...

    ReplyDelete
  4. bagusnya zarif . :-) yelah saya pun ada unsubscribed beberapa org fren. hehe.

    ReplyDelete
  5. Betul tu...lieya pun muak bace kisah2 politik ni...ade gak lieya hide n unfren beberape org kawan yg taksub sgt pasal pru ni....rimas sebenarnye huhu

    Alfatihah buat allahyarhamah....

    Al-Fatihah.

    سْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
    أٌلحَمْدُلِلَّهِ رَبِ اٌلْعَلَمِينَ*اٌلرَّحْمَنِ اٌلرَّحِيْمِ*مَلِكِ يَوْمِ اٌلدِّيْنِ*إِيَّاكَ نَعْبُوْدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِيْنُ*إٌهْدِنَا الصِّرَطَ اٌلْمُسْتَقِيْمُ*صِرَطَ اٌلَّذِيْنَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِّمْ غَيْرِاٌلْمَغْضُبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ اٌلضَّآلِّينَ

    ReplyDelete
  6. Akak dah seminggu kot tak buka FB. Al-Fatihah buat arwah MIL moga rohnya tenang di sana.

    ReplyDelete
  7. Salam huda..

    All the best utk zarif.. seronok bila tgk anak2 dah pandai membaca ayat al-quran kan..

    ReplyDelete
  8. Alhamdulilah bagusnya zarif pandai baca yasin dah...

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...