27.8.13

Dah nak naik kerja

Aihh ada lagi 5 hari sebelum naik kerja setelah bercuti 3 bulan. Satu percutian yang sangat berbaloi hehe. Memang tak rugi cuti 3 bulan ni, tu yang macam dah lemau je nak naik kerja. Perasaan bercampur baur sekarang ni.

Aku memang tengah menyusukan baby dengan cara direct feed dan bottle feed jugak. Kena jugak gunakan botol kalau tak susah Aisyah nak masuk taska nanti. Tapi dia memang payah nak menyusu dalam botol sebab dah selesa sangat direct feed dengan aku..

Banyak dah puting aku tukar ganti setakat ni dia ok dengan puting Doctorbaby yang murah ni ha;


Ok-ok pun tapi still ada menolak jugak. Anak-anak aku ni semua pun memang ada masalah nak hisap dalam botol susu la. Masa Zara la paling aku tak boleh lupa, memang dia tolak abis laa, 6 bulan baru nak hisap botol. Erm Aisyah ni macam ok sikit walaupun ada menolak jugak, huhu..

Ingat Khamis nak hantar ke taska la buat percubaan. Patutnya dah hantar dari semalam tapi rasa tak tergamak gitu seawal pagi nak kena hantar, sedih ok....:( Tapi aku kena jugak hantar...Mrhubby dah bising dah kat aku. Kadang orang laki ni tak paham bonding antara ibu dan anak. Sedih tau, baby dah biasa dengan kita tiba-tiba nak kasi orang lain jaga, hishhhh sayu hati tau..

Ada kang aku apply cuti tanpa gaji kang...Naik kerja aku nak tanya la camana prosesnya, kot la aku nak apply cuti sebab nak susukan anak, boleh kan??

Taknak g taska yea :(

5 comments:

  1. olooooo cebek2 die yeak hehehehe....

    ishh bab ni la tak best kan...naik keje setelah cuti lame....ape2pun hidup harus diteruskan ...heheheheeh keje owh keje...

    ReplyDelete
  2. ala comey la buat muka gitu...hahaha

    ReplyDelete
  3. Ala siannya.. Dilema ibu dan anak sebelum naik kerja. Sy pun merasa masa aisyah dia xnak hsp btl. Huhu

    ReplyDelete
  4. Sayu hati pulak dah kakak ni Huda. Sebab kakak dah rasa minggu pertama pergi kerja memang airmata luruhlah sebab tinggalkan baby di rumah (sebab kakak ada bibik). Tapi dek tuntutan kerja kena kuat dan cekalkan hati juga.

    Tengok Aisya mencebik kakak sedih pulak.. macam betul apa yg Huda tulis tu tak nak ke taska.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...