10.9.13

Tolong buat kerja rumah

Sekarang ni kalau balik kerja je memang kena buat macam-macam kerja dengan cepat dan pantas. Lagi seronok kalau ada orang yang boleh tolong buat kerja sama-sama. Kadang ngendeng kat mrhubby jugak nak maid tapi dia tak suka ada maid yang dok rumah, setakat part time tu bolehla tapi entah bila nak dapat huhu. Tapi takpe buat kerja banyak pun ok gak, part of exercise gitu..

Tapi bagi kita yang ada anak-anak ni bolehlah mintak tolong kat diaorang. Aku faham kadang anak-anak ni pun penat sebab dah sekolah semua kan. Tapi untuk mintak tolong kerja yang ringan-ringan tu rasanya takde masalah kot.


Macam anak dara aku ni dia ni lebih ringan tulang nak buat kerja berbanding abangnya, dah nama pun perempuan kan..

Nak  mintak tolong anak-anak ni pun kena ada caranya. Kalau tak kena cara memang sendiri la buat semua kerja. Macam aku biasakan diaorang keluarkan bekal dan botol air dari dalam beg dan terus letak dalam sink.

Zarif pulak biasanya aku suruh dia amik semua baju kotor dari dalam bilik dan terus letak kat bakul baju kotor untuk dibasuh. Tapi yang sorting baju dan basuh kat mesin tu aku yang buat..:)

Zara memang buat kerja lebih sikit berbanding abangnya, nama pun perempuan kan. Biasanya dia akan tolong buat kerja-kerja kat dapur macam lap meja , sapu sampah dan lain-lain. 

Biasa yang aku amalkan untuk mintak tolong diaorang;

@ Cakap baik-baik 
@ Biasakan dengan MINTAK TOLONG
@ Puji memuji
@ Sambil diaorang buat kerja tu sambil psiko dan selitkan la dengan kisah dosa dan pahala 
@ Kalau nak suruh buat kerja lebih terpaksa jugaklah berjanji nak upah something 

Tapi terus teranglah kalau nak mintak tolong Zarif memang leceh sikit, banyak alasan dan menduga kesabaran. Dia memang buat kerja tapi stail lelaki la kan, kalau lebih sikit je dah mula bising..

Buat masa sekarang masing-masing nak buat kerja masih lagi disuruh, kalau tak disuruh memang tak jalan la hehe, nama pun budak-budak..

Sambil diaorang buat kerja tu aku amik peluang berbual-bual tentang aktiviti dan persekolahan diaorang..Kalau tak buat macam tu memang tak cukup masa, sekarang semua pun kena sambil-sambil, hehe...



4 comments:

  1. Masih keciklah Huda. Bila dah besar automatik tahu sendiri. Sekarang memang masa utk Huda kena selalu buka mulut. Adatlah anak belum cukup matang..

    ReplyDelete
  2. hari ni n3 pasal ni juga...
    kena puji dulu...
    rajinnya kakak...

    ReplyDelete
  3. boleh diharap dah anak dara tu..:)

    ReplyDelete
  4. setiap seorang mesti ada kerja yg kita minta tolong, kalau tak mula ada yang jeles...

    ni anak2 akak2 le...hehe

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...