4.10.13

Berjalan ke Pesta Konvokesyen UTHM 2013

Bermula 1 hingga 7 Oktober 2013 ada Pesta Konvokesyen di UTHM dan Konvokesyen bermula pada hari esok, 5 Oktober hingga 7 Oktober 2013.

Disebabkan hujung minggu aku akan berada di bandar (balik umah mak abah) makanya petang semalam kitaorang dah ke tapak pesta dulu. Ala takde beli apa la, saja jalan-jalan..Cakap dengan anak-anak boleh beli makanan jer la, kalau tak nanti yang bukan-bukan je dimintanya.

Pergi lepas waktu balik kerja semalam takdelah ramai sangat orang. Siap bawak baby Aisyah naik stroller lagi, hehe..Kalau pergi hujung minggu ni confirmlah ramai orang.

 Nengok Aisyah suka lagi jalan-jalan langsung tak buat hal

Ni satu-satunya booth yang jual kain pasang dan kain sutera, tapi aku tak singgah pun

 Ada jual tudung Aidijuma juga....

 Ha booth ni aku suka dia jual cardigan sebab aku peminat tegar cardigan
Tapiii aku tak boleh singgah, baru nak menuju Zarif dah bising cakap, "kata nak beli makanan je.."
Bukannya nak beli pun, takpelah..kita amik gambar jelah yeaa

 Ha yang ni aku suka, tu marketing strategy yeaa
Sampai aku pun terpengaruh nak beli air kat sini, hehe

Sebenarnya masa nak beli kat sini, aku angkat hp nak amik gambar la kan sebab tertarik setiap air tu dinamakan dengan nama pemain bola JDT, lepas tu pakcik yang jual air tu cakap, "Ha, nak amik gambar, amik jer la.."

Eihh segan la pulak aku, tapi pakcik tu ramah memang dia tak marah pun..Yelah kan, student yang ada pun tak sibuk nak amik gambar tapi aku yang anak 3 ni sibuk nak amik gambar hehehe..Maklumlah nak masukkan dalam blog, huhu..

 Ha dah nak balik pun..
Benda alah yang kat belakang tu memang menarik perhatian budak-budak..

On the way nak ke kereta nampak dua ekor kuda ni..Kalau tak silap aku ada aktiviti untuk ride kuda ni, tak sure la pulak free ke berbayar..


So sesiapa yang berdekatan di Batu Pahat, silalah datang ke Pesta Konvokesyen ni yea..








9 comments:

  1. pandai zarif yer.. tak jadi ibu nak ke kedai baju tu haaaa

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum,

    selalunya tempat2 mcm ni mmg tak sesuai bawa budak2
    fenat melayan nak tu..nak ni..
    kak ati pun selalu pesan...beli makanan aje tau...hehe

    ReplyDelete
  3. zara comel la..cemana dia boleh comel macam tu ye??hahaha..
    tambah sekarang dia asyik bertudung je kan??
    memang geram la tengok..
    nak jadi peminat setia la kalau gini..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe..Comel tapi mengada-ngada tau, ngada sangat dia ni, hehe..Kes manja terlebih!

      Delete
  4. Bos konon nak bawa kami semua ke sana malad ni. Malam happening kot, kata dia. Akak pun tak tahu nak cari apa? Ok ke bawa Amani malam2 nnti, huhu. Tg kan baju aisyah pakai tu, amani pun ada satu. Dah dua sama ni, hehe. Baju baby pusing2 sama je ek huda.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya tak taulah sebab malam saya tak pergi tapi rasanya ok kot..Ala kitaorang memang tak cari apa kak, saja jalan pusing gitu jer..Beli makanan gitu-gitu je..Oh ye ke baju Aisyah dengan Amani sama? Hehehe...Aahlah kak dah namanya baby gitu jelah bajunya kan..

      Delete
  5. Hoho, huda dah publish baru perasan bnyk gak typo. Ni yg slalu mls komen guna hp ni, tp nak komen gak, hehe.

    ReplyDelete
  6. Terima kasih di atas kesudian mengunjungi Pesta Konvokesyen UTHM kali ke-13 ini daripada penganjur :)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...