23.10.13

Masak Stew Daging yang sedap

Sabtu hari tu aku merajinkan diri masak lauk daging korban, terima kasih pada mereka yang sudi memberi..

So belek punya belek resipi aku suka la nak buat STEW DAGING. Sebelum ni pernah buat tapi resipi STEW yang biasa-biasa je. Kali ni carik resipi yang lain sikit laa..Makanya aku tertarik dengan resipi dari blog Kak Raidah ni ----------------------- RESIPI STEW DAGING

Setakat yang aku pernah masak stew, ni la yang paling sedap yang aku pernah makan. Korang patut cuba. Tapi kalau korang ada resipi lain yang lagi sedap boleh bagi aku link dan aku boleh cuba..

Mungkin kelainan pada resipi ni sebab dia menggunakan pes bawang. Pes bawang tu macamana? Ha,ni aku copy paste dari Kak Raidah jugak..

PES BAWANG

Bahan-bahan:
1 kg bawang besar ~ belah 2 dan hiris
300 gm bawang putih ~ belah dua
1/2 liter minyak atau secukupnya

Cara saya menyediakan:
1. Panaskan minyak, tumiskan bawang putih sehingga kekuningan dan angkat.
2. Kemudian tumiskan pula bawang besar sehingga bawang masak tak perlu sehingga garing. Angkat.
3. Kisar bawang putih dan merah sehingga hancur. Guna pengisar kering atau boleh juga masukkan dlm pengisar dan kisar bersama minyak gorengan tadi.
4. Masak semula bawang tersebut sehingga bawang betul2 masak. 

Ok nengoklah camana aku masak yang ala kadar je, maklumlah aku tak pro so masak memang biasa-biasa je janji kenyang..

 
Sebenarnya yang pes bawang tu boleh buat sekali banyak dan simpan dalam fridge terus tapi nak masak hari tu aku memang buat cukup-cukup je untuk masak stew daging ni. Bahan yang simple dan ringkas je kan..Oh yea kat daging tu aku dah letak blackpepper secukupnya sebelum digoreng dulu..

Tadaa..dah siap
Boleh la kannn..janji ada rupa dan kenyang..

Tapi nak masak stew ni memang lama sikit sebab nak mereneh so kitaorang memang lunch lambat la Sabtu lepas, pukul 2 ke 2 lebih baru makan. Mujur mrhubby boleh sabar sebab bukan senang aku nak masak sorang-sorang ni..Lainlah kalau ada maid yang tukang potong bahan-bahan ye tak..Serba serbi aku buat sorang-sorang so memang lembap sikit laa..

Ni je pun lauk lunch aku tapi 2 lebih baru dapat makan kan? 

Satu plastik daging korban aku habis dah, laju je diaorang makan..So tinggal satu plastik lagi daging korban tak tau nak masak apa, nengok la minggu ni kena belek resipi lagi ni..

Stew daging ni bukan je boleh makan dengan nasi tapi dengan roti pun boleh, memang sedap kalau makan panas-panas..

Sekian..





8 comments:

  1. Wah rajinnya masak stew tu... saya penah masak goreng je daging korban... malas sebabnya.. nak try resepi ni juga kalau rajin... utk baki daging sikit lagi yg ada...

    Pukul 2 pun ok lagi tu... puas hati sebab masak sdiri

    ReplyDelete
  2. kalau citer bab daging korban ni Huda...ada lagi dalam esbok tuh...rajin dengan tidak saja nak masak...
    buat stew pun sedap ni...

    ReplyDelete
  3. Mcm sedap je.. tak pernah masak stew. blh cuba ni..

    ReplyDelete
  4. Yelah Huda... kakak kalau stew macam ni suka makan dgn roti - sedap:)

    ReplyDelete
  5. Jujur, Kak Azie tak pandai nak masak stew daging. Lagipun kami kurang gemar daging.

    ReplyDelete
  6. Serius nampak sedap... nanti nak try jugak...daging korban ada lagi...

    ReplyDelete
  7. tapi resipi x lengkap la

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...