30.10.13

Test tali pinggang biru pulak

Hari Ahad 20 Oktober Zarif ada test taekwando untuk naik ke tali pinggang biru. So selalunya mrhubby dan Zara je teman tapi kali ni semua pun pergi termasuklah aku dan baby Aisyah.

Zarif yang asik taknak-taknak pegi taekwando ni lama-lama lali kot. Dah banyak kali dia cakap kat aku yang dia takmo taekwando tapi mrhubby nak jugak dia sampai ke black belt. Ala macam aku pernah cakap sebelum ni kelas taekwando ni seminggu sekali je, setiap hari Ahad itupun sejam setengah..Harap Zarif terus kuat dan tabah, hehe..

Nengok orang lain semua pakai belt kat pinggang tapi Zarif punya belt boleh pakai kat bawah pulak..Bila aku tanya, "Zarif, kenapa Zarif pakai belt ke bawah, naikkan la sikit macam kawan-kawan yang lain pakai, diaorang semua pakai kat pinggang tau.."

Zarif jawab, "Kita pakai kat pinggang la ni, pinggang kita kat bawah ni, pinggang diaorang kat atas.." See..ada je jawapannya, sabar je laa...







Aku dedahkan Zarif dengan taekwando ni sebab nak bagi dia bersosial dan berani..Dulu masa sekolah aku pun nak masuk taekwando tapi belum sampai ke dewan lagi dengar macam ramai orang je terus aku blah, padahal sebelum tu niat berkobar gila nak ada taekwando..So kira Zarif sampaikan hajat aku la sekarang..:)

All the best ya anak ibu, moga doa abah termakbul sampai Zarif dapat belt hitam...





6 comments:

  1. Haa..pandai betul zarif bari jawapan...

    ibu sentiasa ada harapan yg terbaik untuk anak2 kan... saya tumpang doakan zarif semoga dapat tali pinggang hitam dan dapat manfaatkan ilmu ni kepada orang lain juga.... bestnya.... saya ada plan nak hanar ank2 belajar ilmu pertahanan diri juga bila besar sikit nanti.. takut sekarang ni, kalau ank tak reti pertahan diri, macam mana nak selamat kat luar..

    ReplyDelete
  2. bagus kalau anak ada taekwando ni Huda.....akan jadi berani
    anak ibu ni sememangnya bijak...

    ReplyDelete
  3. As-salam Huda..

    Hensemnya zarif dengan baju taekwando tu.. All the best untuk dapat tali pinggang baru.. anak akak dulu sampai tali pinggang kuning aje.. lepas tu quit.. sayang betul..

    ReplyDelete
  4. Cepatnya dah buat grading naik ke biru ya huda. Koryo punya bulan 11 ni tarikh pun belum dpt tahu.

    ReplyDelete
  5. Tengoklah pulak badan Zarif macam mana Huda. Perut muncit hihi... itu yg talipinggang ke bawah.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...