12.11.13

Maaf kerana terpaksa rasa curiga.............

Ok baru sempat nak update tadi sebab ke sekolah Zarif tadi, tu esok lusa aku cerita..Wah banyak betul entri tertunda aku ni, huhu..

Takpe ni aku nak cerita kisah semalam fresh ni..

Kisahnya berlaku lebih kurang 15 minit ke pukul 8 malam. Tetiba dari luar rumah terdengar suara orang memberi salam. Aku dah cuak ok. Zarif bagitau mrhubby yang ada orang bagi salam. Aku pulak terus sound, "eh nengok dulu la sapa, jangan terus bukak pintu.."

Tapi mrhubby dah bukak pintu tapi sikit jelah dan tanya apa orang tu nak..Settle tanya semua, aku pun terus tanya sapa diaorang tu?

Mrhubby kata yang bagi salam tadi ada la dalam 4-5 orang berjubah putih gitu. Katanya boleh tak nak ziarah ke rumah? Tapi mrhubby mintak maaf dan takde masa (kebetulan memang nak keluar rumah sebab nak jumpa kawan).

Ok..aku tak tau la apa tujuan diaorang tu, bila aku upload kisah ni kat fb, ramai member kata maybe tabligh. Aku memang tak tau sangat pasal orang tabligh ni tapi menurut kata kawan-kawan biasanya orang tabligh ni kalau nak bagi tazkirah (nak ajak solat kat surau or ke masjid) tak amik masa yang lama dan cakap hanya dari luar je..

Tapi aku memang mintak maaf sebab terpaksa rasa curiga memandangkan kes tembak kat Kuantan tu baru je berlaku. Aku cuba nak bersangka baik tapi dalam masa yang sama aku kena fikirkan keselamatan keluarga.

Terfikir jugak kot bukan manusia ke tapi malaikat ke kan, tapi dalam keadaan sekarang aku terpaksa letak rasa curiga dan berhati-hati dan fikirkan pasal keluarga dulu dari perkara yang lain..

See, kesian kan...Mungkin orang yang datang semalam niatnya baik tapi kalau nak menjemput mrhubby ke surau memadai la pada aku cakap dari luar je, nak ajak masuk ke rumah memang tak ler..Kalau pihak surau taman perumahan ni nak buat apa-apa pun biasanya diaorang akan hantar surat atau notis je.

 Tu kata orang, sebab nila setitik rosak susu sebelanga..Dalam keadaan Malaysia yang tak aman ni aku memang terpaksa rasa curiga dengan orang dan keadaan sekeliling demi keluarga. Kadang takut bila kita bersangka baik tapi keadaan jadi sebaliknya (minta-minta dijauhkan).

 

 







11 comments:

  1. kena berhati-hati sekarang...niat orang kita tak tahu kan Huda...

    ReplyDelete
  2. elok la kak ada rasa curiga tu.. skang xleh suke² percaya kat org yg kite xkenal.. bahaya..

    ReplyDelete
  3. Malaysia aman la..pandai2 je kata tak aman..hehheeh..
    kat tempat saya ni boleh kata selalu depa datang umah.ajak ke masjid biasanya..tapi saya tak pernah buka pintu sebab depa mai mesti time suami kerja malam..sekarang depa dah tau kot kalau motor tak de tak payah mai.mungkin jiran2 bagi tau..

    ReplyDelete
  4. Btul2....kdang sy ckp dri dlm umh je....gate mmg sntiasa kunci lah....x brapa nak pecaya kat orng dah zman skrng ni...

    ReplyDelete
  5. mmg patut ade rase curiga mcm tu...takleh simply terima org masuk rumah...takut laa keadaan skrang nieh...

    ReplyDelete
  6. Betul tu elok kita bersangka jahat dari kita bersngka baik tapi memakan diri.

    ReplyDelete
  7. Haih...bkn awk je. Kami pun mmg takkan sesekali berani nak bg org luar msk even dlm kawasan umah sekalipun. Pnh jiran sebelah (kot?), ketuk2 pintu. mgkn nak pinjam tukul sbb tombol pintunya stuck n tak boleh buka. Diorang ketuk2 pintu rumah kami. Kebetulan suami takde kat umah. Lgpun dia dah pesan, walau apapun jdk, jgn sesekali bukak pintu atau nak jenguk2 luar klu die takde. Mmg sy tak bukak lgsg. Takot....sian bdk2 tu....

    ReplyDelete
  8. Memang selalunya itu cara Jemaah Tabligh...
    Tapi memandangkan apa yg terjadi sekarang ni...tembak sana sini, samun sana sini, kita jadi fobia...dan mmg wajar kita lebih berhati hati...

    ReplyDelete
  9. betul kak.. xsalah curiga... kdg2 takut org2 tak di kenali ni..macam2 leh jadi..

    ReplyDelete
  10. mmg betul tu.. xleh sebarangan ajak org masuk rumah... tp kalau kat tempat queen biasanya org2 tabligh ni dia hny menjemput dtg ke surau atau masjid je.. xdelah smp minta izin nk masuk rumah semua tu...

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...