6.12.13

Untuk semua pencinta buku

Untuk semua pencinta buku termasuklah diri aku sendiri..

Bermula hari ni 6 Disember hinggalah Ahad 8 Disember 2013 akan berlangsung Karnival UTHM bersama Kumpulan Media Karangkraf..


Jomlah sama-sama meriahkan karnival yang menarik ni, selain dari jualan buku ada macam-macam aktiviti yang dijalankan untuk semua. Oh yea bagi yang ada anak-anak tu kalau nak jumpa Upin Ipin boleh datang pada hari Ahad pada jam 4-5 petang..

Karnival ni dari pagi sampai malam tau, rugi kalau tak datang...


Lagi satu, yang aku pasti semua tertunggu-tunggu adalah The Big Bad Wolf 2013..


Aku tak pernah pergi sini tapi adik-adik aku semua pernahlah pergi..Manalah tau diizinkan Tuhan dapat pergi ke kali ni, tapi memandangkan adik bongsu aku dah nak ke sini malam ni makanya aku pesan jelah dulu kat dia, kalau ada rezeki dapatlah aku jejak ke Big Bad Wolf kalau tak dapat pun takpelah...

Ala aku pesan buku untuk anak-anak jer, tak tahan ok nengok buku dengan harga yang murah melampau, huhu...

So semua pencinta buku jangan lepaskan peluang ni yeaaa..............


2 comments:

  1. Kalaulah BBW book sale tu kat UTHM kan bagus ye Huda. Boleh kita sama-sama join.

    ReplyDelete
  2. bagus bawa anak2 sempena cuti sekolah ni kan Huda...

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...