10.3.14

8 Mac 2014 - Antara suka dan duka

8 Mac lepas merupakan hari lahir aku yang ke 35, juga merupakan sambutan Hari Wanita..Patutnya aku rasa bersyukur dan gembira..Yea aku bersyukur padamu Tuhan kerana masih lagi bernafas..

Tapi tarikh 8 Mac 2014 tu juga merentap rasa gembira aku bila sorang staf dari tempat kerja aku meninggal dunia..Moga arwah ditempatkan di kalangan orang yang beriman.

Dan bertambah sedih lagi bukan aku je tapi SATU MALAYSIA ehh, SATU DUNIA BERKONGSI RASA DENGAN AKU SEKARANG..SEDIH!!

Yea 8 Mac yang meninggalkan persoalan hingga kini...

Pesawat MH370 yang sampai sekarang masih lagi tak dapat dikesan. Sepatutnya mendarat di Airport Beijing pada jam 6.30 pagi 8 Mac tapi hingga kini hilang tak dapat dikesan.

Semoga Tuhan merahmati semuanya, memudahkan tugas semua anggota penyelamat untuk mencari dan menyelamatkan mangsa..

Sama-samalah kita berdoa semoga semua dapat dijumpai walau dalam apa keadaan sekalipun. Hanya Tuhan yang Maha Mengetahui dan berkuasa atas segalanya..

8 Mac yang akan diingati sampai bila-bila...


3 comments:

  1. Kakak ada kawan (Cina) yg kalau tak naik flight itu Huda. Tapi nasib baik dia tunda ke hari ini. Kalau tak sedihnya. pagi ini sampai aje tempat kerja kami berbual sampai keluar airmata walau tak sebangsa tapi kami mesra. Ajal dia belum sampai.

    Bersama kita berdoa moga Allah berikan sedikit clue.

    Apa pun selamat ulangtahun buat Huda. Sampai bila Huda akan ingat tarikh ini kan..

    ReplyDelete
  2. sedih kan..risau bila mengenangkan apa la keaadaan diorang sekarang ni..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...