11.3.14

Hilang dan kuasaMu Ya Allah

Yea aku tau semua masih lagi prihatin dan tertanya-tanya dengan kehilangan pesawat MH370..

Masuk hari keempat hari ni kan? Sentiasa berharap akan ada petunjuk dan moga ditemui walau dalam apa keadaan sekalipun.

Jujurnya aku cakap dengan mrhubby yang aku tau pesawat ni memang hilang..Tuhan nak tunjukkan pada kita semua terutama pada orang Malaysia..

Mungkin orang kita ni banyak yang dah lupa pada kuasa Tuhan (mungkin), sentiasa bergembira, lupa pada kuasa Tuhan..Nengok negara jiran kita yang selalu diduga melalui Tsunami, Gempa Bumi, Gunung Berapi dan lain-lain..Tapi negara kita tak pernah diuji sebegitu melainkan banjir dan cuaca yang panas sekarang ni..

Jadinya Tuhan nak kita semua ingat pada dia, nak kita ni selalu berdoa dan tak lupa solat pada dia..Yea aku pun bukannya baik sangat tapi kejadian yang berlaku ni nak membuka mata dan fikiran kita bahawa TIADA YANG MUSTAHIL BAGI TUHAN..SEKIRANYA DIA BERKEHENDAKKAN SESUATU BERLAKU MAKA BERLAKU LAH IA...

Dua status dari fb, satu dari kawan aku yang menyerupai seperti apa yang aku fikirkan;



Dan satu lagi status yang sepupu aku share dari Dr Zubaidi Haji Ahmad;

 
Teruskan lah berdoa kawan-kawan semua...Aku tau semua mengharapkan ia ditemui dan berita yang baik tapi percayalah semua yang berlaku atas kuasa Tuhan..

Mereka yang pakar akan terus berusaha mengikut kepakaran dan teknologi yang ada tapi sebagai orang Islam kita memang kena percaya sememangnya ini telah ditentukan oleh Tuhan...

3 comments:

  1. Aina pun tengok semalam...ya cakap2 dia berbalik kepada Sang Pencipta. Lari dari lain2 pendapat sebelum ini.

    ReplyDelete
  2. Kakak pun menonton temuramah malam tadi Huda.
    Bermula bicara pun dgn bacaan basmallah dan perfume yg dipakai pun atar (menurut DJnya) kakak dpt agak beliau sangat istiqamah dan lain dari org-org lain yg diundang utk ditemuramah dlm misi mencari MH370 ini.

    Sungguh siapa yg lebih berkuasa kalau bukan Allah.. balik padaNyalah..

    ReplyDelete
  3. saya pun rasa dia cuma hilang..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...