3.3.14

Kisah hujung minggu kami

Kadang kan aku rasa cepat betul masa berlalu sekarang..Rasa cam 24 jam tu memang tak cukup la terkejar sana sini...Korang rasa tak apa yang aku rasakan?

Ok now kisah kami di hujung minggu lalu, cam biasalah kisah yang biasa je..


Jumaat petang Zarif ada pertandingan sparring taekwando. Dia minat sangat sparring ni, tahun lepas dia kalah bila masuk pertandingan. Kali ni dia tekad nak dapat emas, sebagai ibu aku mestilah sokong dia walaupun kalau dia kalah aku ok je..

Tapi syukur pertandingan hari tu dia layak untuk ke peringkat separuh akhir kalau tak silap aku dua minggu lagi..Well done boy!


Balik dari taekwando tu terus berkejar nak mandi manda kat kolam katanya. Tapi kolam besar yang kitaorang ada dah bocor, so terpaksa la guna kolam kecik je tapi diaorang enjoy je..Nanti ibu beli kolam lagi satu la yeaa khas untuk Zarif sorang je hehehe..

 Nengok baby Aisyah pun nak mandi jugak tapi sekejap je dia masuk situ..
Baby pun takde swimming suit lagi sian dia mandi bogel je hehe

Nengok Aisyah siap dah makan budak dua orang tu tak settle lagi mandi
Takpelah kitaorang layankan je janji diaorang happy

Bekalan makanan untuk Aisyah dalam tempoh seminggu, banyak kannn??
Bekukan je semua ni..

Mom's handmade Red Velvet, untuk breakfast aku semalam
Mana ada air tangan mak yang tak sedap kan??
Terbaik la mak!!!


Tak abis lagi kisah aku ni tau, ada lagi nanti la sambung yea..:)



4 comments:

  1. Tahniah Zarif... teruskan perjuangan - moga berjaya.
    Satu yg kakak suka Zarif ni pandai jaga adik. Tengoklah dlm kolam mandi pun dia boleh jaga adik:)

    ReplyDelete
  2. hebat jugak zarif ni..tahniah..

    ReplyDelete
  3. kak bubur tu akak buat banyak2 n bekukan yer...
    ok ke macam tu? mean leh tahan seminggu la yer?

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...