12.3.14

Simple tapi sedap - Terima kasih mak!!!

Masuk hari kelima tapi kelibat pesawat MH370 masih belum ditemui..Moga ada berita yang akan melegakan semua pihak..Ya Allah kau permudahkan segalanya..

Ok meskipun negara mahupun seluruh dunia dilanda kesuraman dan kesedihan tapi hidup perlu diteruskan dan kuat hati ni mengatakan mereka semua masih hidup dan hilang untuk seketika..Hanya Allah Maha Mengetahui..

Jom nengok gambar makanan semasa bday aku 8 Mac hari tu..Asalnya aku nak masak-masak tapi lepas dengar berita sedih terus mood merundum dan mak dan adik aku yang baik hati tolong buatkan buatkan something yang ringkas tapi special..Thanks a lot!

 Kek Japanese Cotton Sandwich Cake (kalau tak silap ler)
Ni kalau sebiji kek ni aku sorang boleh habiskan hehe..

 Most fav - Muffin Pisang Choc Chip
Semua ni pun aku boleh abiskan sorang

 Ni lagi ler, Cheesetart tu dah tinggal sikit sebab sebelum tu aku dah makan dulu
dan ada red velvet cake sikit

 Ni je beger yang aku buat sendiri 
Sangat mudah kan
Sandwich Tuna Bakar yang adik aku buat
Sedap sangat sampai Zarif n Zara makan berkali-kali

Majlis yang ringkas tapi bermakna dengan air tangan dari seorang yang melahirkan aku 35 tahun lepas..Sungguh takde yang lebih sedap dari air tangan mak kan??

Terima kasih mak sebab melahirkan Kak Uda, terima kasih sebab selalu menggembirakan dan terima kasih atas segala-galanya..



6 comments:

  1. Alhamdulillah walau dlm situasi negara dlm kesuraman tapi keluarga masih mahu juga meraikan org tersayang.
    Kira birthday Huda tahun ini menempa sejarah dlm negara.

    Kakak suka sandwich tuna:)

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah..bertuah masih ada ibu..

    simple hidangan ni..suka..tak jemput pun..

    ReplyDelete
  3. sedapnya..;lagi sedap sebab mak yang buat..kan??

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...