5.3.14

Zahia Aisyah 9 bulan

Sekarang nak cerita pasal baby Zahia Aisyah yang lahir pada 2 Jun 2013 yang dah pun berusia 9 bulan pada 2 Mac 2014...

Sekejap je kan masa berlalu, kalau boleh nak suh 'pause' masa jangan berlalu pantas sangat. Kalau boleh nak Aisyah ni jadik baby sepanjang masa, boleh tak??? Bau baby kan best, menenangkan jiwa dan raga..

Dah besar kan saya??

Habit paling ketara - suka menyembur dan jelir lidah..
Kadang rasa kelakar je time dia menyembur tu


Pandai main sendiri

Susah nak nengok kamera bila nak bergambar

Gigi masih dua batang lagi

 Muslimah sangat kononnya hehe

Tak suka nak duduk kat car seat
Kalau nak suh dia dok diam kena bagi susu sampai kenyang

 Suka tido jugak
Kalau gaya gini maksudnya lena betul la tu

Ini memang port kesukaan dia
Membongkar dan mengoyakkan segala magazine aku...

Yang pasti baby happy bila ada kakak dan abang yang rajin melayan
Oklah tu bagi ibu rehat sesekali ok..:)


Sejak baik sakit dari scabbies hari tu, keadaan dia makin pulih dan selera makan makin bertambah alhamdulillah..

Mostly aku masak bubur je untuk dia mahupun bagi puri buah yang sejuk buat sedap tekak dia maklumlah musim panas kan sekarang ni. Tapi apa yang kita makan pun dia nak jugak lagak macam orang dah besar je..

Baby Aisyah ni tak bising sangat, diam je cam abahnya kot, hehe. Yang dua orang lagi tu cam aku pening kepala banyak cakap hehehe.. Biarlah Aisyah ni senyap sikit, muka pun serius je susah betul nak senyum pun macam abahnya jugak, senyum mahal betul, haha..

Meniarap dah, merangkap pun dah, sekarang nak memapah pulak, jatuh tersungkur pun dah banyak kali tapi biasalah baby mana ada rasa serik, sentiasa nak mencuba..

Masih menyusu badan tapi aku dah mula campur..Bukan taknak bagi full bf tapi mental tak kuat ok..Anak dah 3 mana nak uruskan itu dan ini nak pump susu lagi huhu sangat menguji mental dan fizikal..Aku buat apa yang terdaya so end up aku fully bf hanya di rumah dan di taska terpaksa la guna susu formula...

Aku memang suka nak bf sebab malas nak buat susu formula..Lagi satu time bf tu la time aku dapat baring dan rehat sekejap..:)

So far inilah kisah budak yang dah pun 9 bulan..:)


































6 comments:

  1. cptnya dh 9bulan.. geram nengok..

    ReplyDelete
  2. Hye, saya suka baca blog awak, baru-baru ni saya ada buat blog harap awk boleh singgah dan follow blog saya. awksweetgitu.blogspot.com :)

    ReplyDelete
  3. kemain mengemas ya..lepas ni jenuh la ibu aisyah..hehehe..

    ReplyDelete
  4. cepat jer anak2 membesarkan........ ala..comel tul wat muka mennjelir tu.. mana belajar..hahahahaha

    nanti bila anak2 ni dah membesar.. kit amesti rindu nak berbaby lagi kan??hahahaha

    Sumijelly.com

    ReplyDelete
  5. Semakin membesar semakin ligat pergerakan Huda.
    Kakak dulu pun macam Huda. Kalau ada di rumah baru BF. Tinggal dgn bibik guna susu formula.. lagipun dulu kakak kurang sedar tak macam sekarang banyak pendedahan..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...