9.4.14

Cream puff & Roti lapis daging

Sejak kebelakangan ni entah kenapa aku suka sangat mem'baking'..

Entah apa yang dah merasuk aku agaknya..Percayalah hakikat sebenarnya aku tak suka dan malas nak buat kek, kuih dan seangkatannya sebab aku tak suka dapur bersepah dan berkecah. Lagi satu remeh kot nak sediakan bahan-bahan nak buat kuih dan kek ni semua.

Tapi tulah pasal orang kata kita jangan terlalu tak suka atau benci pada sesuatu sebab sesuatu yang kita benci sangat tu akan buat  kita jatuh cinta...Aku memang dah banyak kali terkena keadaan macam ni so kali ni terkena lagi..Cam aku cakap aku tak suka buat kek, biskut, kuih dan seangkatannya la tapi kali ni aku betul-betul dah jatuh cinta! Of course dapur memang bersepah sikit tapi wajib la aku kemas sampai bersih walaupun agak penat.

Ahad lepas aku punya terlebih rajin nak mencabar diri buat cream puff. Cream puff ni memang most fav aku la. Satu bekas pun aku boleh hadap dan makan sorang...Selalunya aku tunggu mak buat ataupun aku order je..Tapi sampai bila nak camtu kan???

Memandangkan kebanyakan bahan-bahan dah ada so mari kita mulakan projek..Maaflah gambar dari proses nak buat tu takde, maklumlah aku kan amatur, hehe..

Ni kali pertama buat

Aku dah buat tiga kali (kali kedua memang tak jadik sebab teknik kacau tu tak betul). Kali ketiga baru jadik dan lebih cantik dari yang pertama ni hehehe...Kali pertama dan kali ketiga tu tukang kacau adunan tu mrhubby..Alhamdulillah naik cantik je cream puff tu, so kalau nak buat cream puff ni kena ada mrhubby la sebab aku perlukan bantuan dia..:)

Ok resipi cream puff ni aku amik dari CREAMPUFFAZLITAMASAMMANIS. Rasa kastard dia memang sedap. Cubalah korang buat, anak-anak aku bukan main lagi dua hari berturut bawak bekal tambahan cream puff ok :)


Aku nak buat ni pun ikut mood, kalau tengah rajin bukan main lagi, cuba kalau tengah malas...

Isnin lepas kan aku cuti so ter rajin lagi nak buat roti lapis daging..Kononnya nak menghabiskan bahan-bahan yang ada kat fridge tu. Tapi daging tak berapa banyak sangat tapi bolehlah, kira jadik jer. Ni kira aku buat tiga ke empat tingkat ni, tapi gambar amik dari pandangan atas..


Last aku buat ni raya tahun lepas ok..Nengok tu berapa lama aku amik masa buat balik benda ni hehe..Ala setakat nak alas-alas perut tu ok, takdelah molek sangat tapi bolehlaaaa....:)

So itulah kisahnya pasal aku yang memasak..Orang lain lagi hebat kan tapi takpe entry ni untuk kenangan diri sendiri.

Kesimpulannya, kalau malas apa pun tak boleh dan tak jadik tapi kalau kita rajin dan sentiasa berusaha insya allah ada hasil yang baik..(kata semangat untuk diri sendiri).

Sekian dan tq sudi baca!










5 comments:

  1. Dek kerana gambarnya tak keluar kakak baca ajelah tapi dpt membayangkan sedap dan enaknya bila anak dara dan hero pun sampai dua hari bawa bekal ke sekolah.

    Kakak pun suka cream puff - tapi selalu kakak beli di Season aje Huda.

    ReplyDelete
  2. roti lapis daging tu..ala ala macam pizza ke? :)

    ReplyDelete
  3. rajinnye ko beb...nampak mengiurkan ...cantik creampuff tu...

    ReplyDelete
  4. cream puff...macam nak cuba je..heheh..sejak mikhail ada saya suka cuba masak apa je yang sebelum ni saya tak pernah cuba buat..dia pun suka makan..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...