14.4.14

Jalan di Puteri Harbour & Makan di Lats Place

Ni sambungan cerita cuti sekolah hari tu, lepas pergi Bayu Marina Resort kitaorang decide pergi Puteri Harbour lagi...

Tapi kali ni memang dah decide nak pergi Lats Place saja. Lats Place ni sebenarnya restoran. Boleh rujuk {LATS PLACE}.

Oklah setakat nak hiburkan budak-budak walaupun harganya boleh tahan, huhu. Tak boleh makan selalu. Kalau nak makan best dan rasa meriah, kena makan waktu dinner sebab ada dinner show (tapi kena booking dulu). Kitaorang makan ala carte jer sebab datang siang.



 Ni namanya puding kelapa, sedap...

 Zarif makan nasi goreng kampung dengan ais kepal

Eh, Aisyah takde??

Ni aku punya - Anna's favourite
Set nasi & ayam goreng pandan


 Beca ni di luar Lats Place

 Sebelum balik meh amik gambar dengan kapal dulu

Itu dia aku dan 3 anak..:)


Sebenarnya ada lagi gambar-gambar di hp mrhubby tapi malas la pulak nak transfer, ni je lah yea hehe..Inilah percutian singkat di Johor Bahru. Aku tak boleh fikir nak ke mana lagi selain sini jelah seadanya.

Sebelum Aisyah lahir aku memang dah pergi ke Puteri Harbour ni bawak Zarif dan Zara ke Hello Kitty Town dan lain-lain, masa tu Lats Place tak bukak lagi.

Ok makanan kat Lats Place tu nak kata tak sedap tak jugak, nak kata sedap sangat pun tak jugak..So and so oklah boleh lalu di tekak, cumanya mahal..Ingatkan mahal tu setara la dengan portion makanan tu tapi tak yea..Mahal sebab tempatnya di Puteri Harbour.

So cukuplah sekali dah rasa makan di Lats Place, kalau nak datang lagi nengoklah masanya nanti tapi bukan dalam masa terdekat, hehe..

Insya allah kalau ada rezeki nak bawak mak abah jalan-jalan ke Puteri Harbour ni sebab diaorang tak pergi lagi..Mudah-mudahkan dipermudahkan semuanya.

Sekian.











2 comments:

  1. Barangan di sini memang agak mahal Huda. Tapi dah kata tempat pelancung biasalah. Itupun org S'pore kata murah kan.. sedih:(
    Tak singgah ke Hello Kitty Town sekali ke?

    ReplyDelete
  2. Anak2 huda semua menggeram kan..hahah..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...