6.5.14

Hujan lebat & Buka puasa

Terkejut bila baca berita pagi ni Datuk Aziz Sattar telah kembali ke rahmatullah. Innalillahiwainnalillahirajiun..Dari Allah kita datang dan kepadaNya kita kembali..Semoga roh arwah ditempatkan di kalangan orang yang beriman. Al-Fatihah ~

Petang semalam, hujan turun terlalu lebat, kilat dan petir sabung menyabung..Memang takut sangat, tapi waktu tu aku kat ofis, takut-takut pun kat ofis..Tapi aku risaukan mrhubby dan anak-anak sebab waktu hujan lebat tu dalam pukul 3 lebih tengah amik anak-anak balik dari sekolah. Mujur semua pun ok dan alhamdulillah.

Petang tu balik kerja, hujan dah reda..Keadaan semalam tu memang macam ribut la, kat kawasan rumah aku ada pokok yang tumbang lagi, aku cuma risau banjir je.

Semalam alhamdulillah aku berpuasa, bila balik dalam keadaan sejuk tu je terus la tekak ni makan macam-macam huhu..Aku tekad masak je, ala masak simple je la, yang boleh campak-campak je, waktu maghrib pun dah awal kan sekarang ni.

Maaflah semalam tunjuk gambar makanan, hari ni makanan lagi huhu...Ampunnn..

 Ayam masak halia jer dengan brokoli kukus dan buah-buahan
Alhamdulillah sebelum maghrib semua selesai masak

 Balik dari taska semalam aku bf Aisyah sedap je dia tido so aku buka puasa pun tenteram takde gangguan hehe...Entah kenapa aku suka nengok baby tido rasa tenang je..

Sekian..







3 comments:

  1. Bila cuaca sejuk, perut kenyang apa lagi memang lenalah anak dara kecik tu tidur Huda.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...