26.6.14

JDT Juara Piala Liga dan Cuti Umum

Ale..ale..ale...ale...Luaskan kuasamu Johor....





Amboiii lena tido ku malam tadi hehe dan bertambah lena bila tau hari ni cuti ok..Tapi sebenarnya tak la lena sangat ok..

Ok sebelum tu tahniah pada pasukan JDT yang telah berjaya menewaskan pasukan Sarawak 1-0..Well kalau nengok malam tadi aku rasa macam susah sangatlah JDT nak menang sebab Sarawak pun main bersungguh-sungguh..Lagi aku rasa bertambah susah nak menang bila Selangor pulak dah dapat jaringkan gol menentang Selangor PKNS...

Tapiiiiii semuanya atas kuasa Tuhan, alhamdulillah Piala Liga milik JDT :)..Sebenarnya memang tak lena tido sangat sebenarnya malam tadi sebab lepas je  JDT menang, kat fb cakap negeri Johor cuti..Asiklah dok ngadap hp ber whatsapp sana sini sebab nak confirmkan betul ke cuti..Kang aku beria cuti orang datang kerja pulak, kan ke naya tu..

Pagi ni semua pun bangun awal pagi tapi still whatsapp masih lagi berkira-kira nak pegi kerja ke tak, end up budak-budak yang dah siap pakai baju sekolah terus salin baju lain sebab memang cuti. Zara yang patutnya ada hari terbuka hari ni ditangguhkan ke hari Selasa. Zarif aku suruh cuti jelah sebagaimana arahan cuti umum tu sebab dia pun dah lepas hari sukan semalam so kira berbaloi la..Taska Aisyah pulak memang dah cakap tutup hari ni..Mrhubby jelah yang kena datang sekolah sebab ada hari sukan, makanya cuti umum hari ni akan digantikan sebelum raya nanti..

Aku pulak direct whatsapp bos tanya pasal cuti ni dan dia kata mana-mana program yang dirancang hari ni kira proceed je sesiapa yang takde kaitan apa-apa boleh cuti so aku pun CUTIII yeaaayyy!!

Kira orang Johor cuti sampai Ahad tau...Wah berbaloi-baloiiii (sengih sampai telinga, hehe). Bagus gak cuti lama sebab banyak kerja rumah nak buat, kain baju aku dah menggunung ni..

Terima kasih Sultan Johor,  terima kasih TMJ, terima kasih kerajaan negeri Johor dan terima kasih pasukan JDT..


 Bagus gak cuti hari ni, anak-anak tolong ibu kemas rumah yea..:)



4 comments:

  1. Itulah Huda gara-gara kami sekeluarga ni tak kaki bola dan bila hari sekolah memang tv kat rumah off jadi kami tak tahu pun. Anak dara kakak pergi sekolah terpaksa balik semula. Kakak pulak bila tiba office eh... parking kosong, masuk office pun sama alahai... kelakar. Ingat nak balik tadi tapi tak jadi. Kakak ganti esok ajelah.. so dpt terus cuti Jumaat/Sabtu/Ahad & isnin sebab puasa ahad kan ganti Isnin.

    Selamat bercutilah Huda/cikgu/Zarif & Zara.

    Adik begaylah puas-puas dgn mafla JDT tu:)

    ReplyDelete
  2. dierct lah cuti 3 hari ye.hehehe sonoknya.

    ReplyDelete
  3. Jeles nya cuti sampai Ahad?.....

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...