25.8.14

Zara dan nasyid - Ala Al Qassam cilik

Setiap hujung minggu penuh je dengan macam-macam aktiviti..Mujur Jumaat lepas ni cool down sikit kecuali open house jiran depan umah. So takyah susah-susah, walaupun dok umah je, tapi tetap pemalas jugak nak habiskan lipat kain baju yang dah melambak, huhu..

Ok hari Sabtu lepas pulak adalah hari sekolah ganti kan. Tapi mrhubby mintak CRK (Cuti rehat khas) sebab nak nengok Zara masuk pertandingan nasyid. Kebetulan pulak sekolah mrhubby buat marhaban dari kelas ke kelas takde mengajar pun jadik oklah kan nak mintak cuti hehehe (suka ati aku je kan). Kata mrhubby kalau ada PNP memang dia tak amik CRK la..

Untuk makluman, Sabtu lepas program Alam Ria PASTI Negeri Johor di Parit Jawa Muar. Zara dan kawan-kawan masuk pertandingan nasyid mewakili kawasan Sri Gading. Bukan pertandingan nasyid je tapi ada pertandingan azan, kalam jamaie, hafazan, bercerita dan macam-macam lagi.

Layan jelah gambar;

 Ha ni la dia team Zara dan kawan-kawan..
Ala-ala Al-Qassam cilik gitu (ni campur lelaki & perempuan tau) 


Siap ada senapang - tengah tunggu giliran ni

Oh ye, ada 19 kumpulan nasyid dan giliran sekolah Zara yang ke 14 ok..Jenuh menunggu, tau je la kan aku bawak Aisyah nya, manalah budak kecik tu reti diam lagi pulak dia bf. So kejap aku ulang alik masuk kereta nak bf dan tido kan dia..Nasiblah pentas untuk nasyid ni tempat terbuka jer.

 Ha jangan main-main ok
Nasyid pakai senapang hehe..

 Ni dah masuk lagu kedua..
Lagu pertama - Bebaskan Palestin dan lagu kedua lupa la pulak


Pukul 1 rehat sejam sampai pukul 2 petang untuk makan dan solat. Zara dok dengan cikgu-cikgu dia semua. Disebabkan kat Parit Jawa makanya kita makan asam pedas jela yeaa..

Amboi senang hati sangat ni nampaknya..

Makan kat sini memang best tau nengok latar belakang tu


Asam pedas tempat yang aku makan ni memang sedap dan murah..:) Gambar makanan tak dapat nak amik la, sebab tahap kebulur yang dah tak boleh tahan lagi ok..

Settle semua terus balik ke tempat pertandingan semula dan tunggu keputusan diumumkan. By that time hujan lebat sangat tapi budak-budak bukan main bersemangat lagi nak tunggu keputusan..:)


 Alhamdulillah dapat no. 3

Jujurnya aku rasa persembahan dari Zara n team antara yang terbaik..Lain dari yang lain dan usaha dari cikgu-cikgu yang melatih diaorang buatkan aku sebagai parents rasa bangga sangat.

Well done and good job yea!!


Sekian dan tq sudi baca..Kalau sempat aku akan upload video dalam entry ni yea..Korang kalau rajin refresh la yea entry ni..:)










 


4 comments:

  1. comel sgt..pejuang hamas ye..

    ReplyDelete
  2. wahhh..ada ciri jd wira ni.. syabas zara..

    ReplyDelete
  3. Awak, share-lah kedai asam pedas tu. Sy ni peminat asam pedas. Heheheh....Mak sy kate, ade kedai mee bandung sdp dkt dgn SAMURA. Tak try lagi ni.

    ReplyDelete
  4. waa..congrat zara..
    sungguh kretip cikgu2 dia y melatih..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...