29.9.14

Cerita ke Johor Bahru

Ok jomlah kita cerita apa yang berlaku minggu lepas..Macam biasalah layan gambar je ok, sebab itu pun yang korang nak nengok kan..:)

Khamis lepas amik stok vitagen lagi, bagi yang tak tau aku jual vitagen kira home delivery la
Rasanya dah 6-7 bulan kot aku jual, alhamdulillah, sapa nak boleh order (dekat area rumah aku la)

Jumaat pagi dengan gigihnya ke Persada JB sebab nak gi sini laa
Tak pernah pergi mom & baby expo so saja jer, adalah beli something untuk Aisyah..

Nasiblah budak kecik ni tak meragam sangat kat expo tu
Memang sesak kat sana tapi bolehlaaa kan, kata nak jalan-jalan :)

Balik dari expo tu, simpan barang kat kereta dan terus menapak ke Plaza Kotaraya..Kata nak jalan kan, ha apalagi..Lama sangat tak pergi sini memang dah berubah sangat la..Takde beli apa pun sebab motifnya nak jalan je kan..Lepas tu bawak budak main kejap kat angry bird playground ni..

Saja-saja sementara nak menunggu waktu nak solat jumaat


Bapak budak pun layan jugak :)

Lepas tu terus ke BBU sebab diaorang nak solat kat situ je..Aku tunggu dalam kereta je, tak boleh solat so dok tunggu jelah..Nasib si kecik tu tido jer.

Settle solat terus gerak ke Plaza Angsana nak makan, terbayang aku mi rebus yang sedap tu..Tapi bila sampai tuan punya kedai tak balik solat lagi laa..Aku dah tahap kebulur so tak mampu tunggu terus order nasi ayam, so melepas la mi rebus yang diidam tu :(

Tak sangka pulak, hari yang sama, Dato Siti Nurhaliza ada sesi perjumpaan dengan peminat kat Watsons Angsana..

Dapat ke cari Dato Siti? Hehe..(kitaorang dari tingkat atas je)
Cantik kan dia...

So itu jelah kisah minggu lepas - saja jalan-jalan nak gembirakan budak-budak takde motif lain pun. Alhamdulillah cuaca masa tu semuanya baik dan segalanya dipermudahkan. Bulan depan nanti nak ke JB lagi..

Aku banyak kenangan dengan JB ni, anak-anak dan mrhubby agaknya pun dah naik jemu kalau g JB aku asik dok menerangkan benda yang sama, kenangan lama masa kanak-kanak dulu hehe..

Oklah sekian dulu..Tq sudi baca.

5 comments:

  1. dh lama btl sy x ke JB.. nm je org johor..huhuhu

    makin cntik mek kecik tu ye...

    ReplyDelete
  2. Muka Ecah dah nampak dah photostat muka ibu dia..heheh

    ReplyDelete
  3. Oh... Huda dtg sini ye...
    Kakak pulak dari hari Khamis sampai Ahad keluar dari JB. Kalau tak agaknya kita jumpa sebab kakak kena beli tiket utk anak kakak balik ke T'ganu lepas raya haji terlupa. Malam tadi baru beli. Kesian tempat duduk single dah kehabisan. Banyak booth tiket dah habis. Terpaksa beli yg double tapi siap tanya dgn penjual tiket boleh ingat tak sebelah tu lelaki ke perempuan. Takutlah Huda...

    ReplyDelete
  4. Dah lama tak jln2 bdr JB. Klu g sana pun, blk2 area Tampoi umah makcik then Pasir Gudang umah pakcik. X sempat nak pusing2 town.

    ReplyDelete
  5. Byk tu.. kwn lya pom ada gak jual vitagen camni n htr dr rmh ke rmh.. lg murah dr bli y pasaraya tu. Lya doakan moga bisnes ni trs sukses ye

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...