9.9.14

UPSR 91

Semoga adik-adik yang amik UPSR hari ini dapat jawab soalan dengan baik yea. Semoga Tuhan memudahkan urusan adik-adik semua, oh yea termasuk juga untuk anak sulung Kak Yus, good luck untuk Aqil...

Zarif akan bercuti hari esok, so ikutlah abahnya ke sekolah yea, nak suruh dok rumah sorang-sorang memang tak ler kan..


Cerita pasal UPSR ni teringat la zaman aku masa tahun 1991 dulu. Yea aku  amik UPSR tahun 1991. Kalau tak silap tahun 1991 tu first time or second time UPSR dengan 4 subjek sebab sebelum tu semua Penilaian Darjah Lima kan..(aku lupa la). Tapi yang aku ingat memang aku amik 4 subjek je. 

Serius aku tak pandai ok. Abah aku dah tentu la mengharap aku boleh dapat 4A tapi masa tu aku agak lembap dalam subjek Maths. Asal ada ujian atau periksa je, aku la orang yang dapat markah Maths paling rendah - dalam 40% gitu, sikit lagi tak lulus tu. 

Disebabkan abah prihatin dan amik berat, dia masukkan aku tuisyen Maths. Tapi aku pulak rasa tension nak g tuisyen Maths sebab yang masuk tuisyen tu semua pandai belaka dan aku je yang lembap. Masa tu aku ingat nak buat pecahan wajar ke pecahan tak wajar tu susah giler. Asal nak g tuisyen je aku moody, muka monyok, badan rasa lemah macam nak demam..End up aku quit dari pusat tuisyen tu..Belajar dengan abah aku yea..Belajar dengan abah lagi garang dari belajar dengan cikgu tuisyen tapi tak boleh nak quit sebab hari-hari memang kena mengadap abah..Beranilah nak demam ke nak lemah badan, memang takdenya la...

Tiba masa UPSR buat jelah..Doa dan tawakal jelah, yang aku tau harapan abah tinggi menggunung nak aku dapat 4A..Aku cuba buat sehabis baik. Yang aku tau masa UPSR tu subjek paling senang adalah English. Bila abah tanya, "Boleh buat?" Aku pun "Boleh abah.." -- standard jawapan Zarif pada aku sekarang hehe..

So bila tiba masa keputusan UPSR aku pasrah jelah..Dalam hati macam rasa boleh dapat 4A, paling teruk pun 3A la kot..Tapi mestilah nak dapat 4A kan...

Alhamdulillah Tuhan makbulkan doa aku, aku dapat 4A...Memang tak sangka sangat sebab aku kan lembap Maths. Tapi berkat tunjuk ajar abah dan usaha sendiri, aku boleh buat..Masa amik result tu aku amik sendiri kat sekolah, ada jugak parents yang datang nak teman anak-anak amik result...Abah aku kerja so dia datang amik aku balik dari sekolah cam biasa je.

Masuk dalam kereta, aku buat muka sedih je (Konon-konon nak surprise kan abah hehe)..Bila abah tanya, "Macamana result?" Aku pun cakap pelan-pelan "4A abah.."

Abah tak komen banyak, senyum sikit je..Tapi aku tau la dia happy sebab tak sangka kot, hehe..Yelah kan aku yang mengada suh g tuisyen Maths pun taknak, nak demam la apa la..Ingat abah tahan ke nak layan perangai aku, so sekarang rasakan la nak melayan Zarif..Ada lagi 3 tahun ok, 3 tahun lagi..Kalau dulu 4 subjek, sekarang 5 subjek..

Kalau kata taknak mengharap, tipu la kan..Mana ada mak bapak yang tak mengharap anak berjaya? Ada ke?? Tak kan...Sikit sebanyak mestilah mengharap tapi kita pasrah jelah..Yelah zaman sekarang tak boleh paksa-paksa, kita kena ikut flow, yang penting usaha tu mesti ada.

Oklah, sekian saja cerita pengalaman UPSR aku dulu kala..

Tq sudi baca!




 

4 comments:

  1. Itulah Huda tak ada ibu/bapa yg tak mahu anak berjaya, cuma kita dulu masih tak matang.
    Macamalah Zarif sekarang belum matang. Kelak dah besar dia luahkan pulak dlm blog dia hihi...
    Kakak dulu masih penilaian dan subjeknya pun lima juga macam UPSR sekarang.

    ReplyDelete
  2. bijak la tu kak, 4A..sy 2A2B1C je.. hehehe.. yg C tu, arwah abah sy btl² mrh..

    ReplyDelete
  3. saya punya entah..tak ingat..hahahha...Tapi betul la..ikutkan belajar dengan maka ayah lebih garang dari belajar dengan cikgu..saya ni bila tengok dalam buku dia ada tanda salah terus jadi rimau dan pesan kat Maisara .."hanga jangan sampai ibu yang ajaq hang..lebih baik cikgu yang ajaq dari ibu yang ajaq.kalau ibu ajaq,memang teruk hang kena...jadi bila cikgu mengajar bagi tumpuan.."

    hehehe

    ReplyDelete
  4. Kak yus dan SRD adalah badge pertama UPSR Huda, tahun 1988, sblum tu 1987 masih penilaian darjah 5. Masa kami mula2 tu 5 subjek sbb ada BM Lisan, tp takde Sains mcm skrg. Kak yus dpt 4A, 1B, dan B utk Lisan. Ayah kak yus masa dpt tahu keputusan tu dia kata, ko jawab dlm bahasa jawa ke masa cikgu tanya soalan, tu pasal lisan B kan?? Haha. Masa tu senyum je, hihi.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...