15.10.14

Cabar diri & MUET

Entah kenapa aku terasa macam nak amik MUET tahun depan. Aku bukanlah terror sangat tapi English antara fav subject aku. So saja nak cabar diri nak nengok boleh dapat band berapa..

Aku tau isu MUET ni hangat diperkatakan sejak pembentangan bajet 2015 minggu lepas. Well aku kerja kat universiti so aku tau sangat macamana payahnya la student nak dapat band 3 (sem lepas) untuk grad baru-baru ni..

Aku ni memang faham English tapi bab cakap tu takdelah fluent sangat tapi bolehla..Rasanya berkat abah aku ajar dari dulu sebab tulah aku dan adik beradik takde masalah dalam English. Nak faham English takde cara lain melainkan membaca, buat latihan dan bercakap.

Serius aku pun tak cakap English kat rumah, tapi bolehlaa..Kalau bab baca pun aku lebih suka baca buku melayu sama jugak kalau nengok drama ke movies memang yang melayu la aku utamakan..:) Sebab tulah anak-anak aku takdelah terror English, semua ikut aku yang layan cerita melayu jer..Tapi diaorang faham la English tu..Oh ye lagi satu aku memang cukup pantang bila anak-anak aku nengok kartun tukar bahasa melayu..Pantang tau aku dengar Sofia the first tu cakap melayu, Mickey Mouse ke ataupun Hi 5 ke semua dalam bahasa melayu..No way ok..Biar tak faham tapi itulah proses belajar nya..

Tapi sejak isu MUET terus aku rasa seram la pulak..Masih tak terlambat, nak didik anak-anak ni, maklumlah kan, dalam hal ni aku takmo harapkan cikgu semata-mata ataupun lecturer ke, sebab sebagai ibu bapa kita pun kena mainkan peranan.

Contoh terdekat macam anak sedara aku, baru 7 tahun tapi English memang bagus. Memang adik aku banyak mainkan peranan didik anak dia. Tapi aku akui la memang aku pemalas sikit so aku rasa nak kena ubah la..

Bukanlah nak suruh anak speaking tak tentu hala sampai abaikan bahasa kita sendiri, at least seiring ok..Fleksible pun yea gak, takde masalah kalau berhadapan dengan apa situasi yang memerlukan kita bercakap dalam English mahupun Bahasa Melayu.

Pada adik-adik kat universiti tu yang rasa isu MUET ni membebankan janganlah fikir macam tu yea..Walaupun gred band tu dah dinaikkan tapi cuba cabar diri..Yea tau untuk graduan benda tu macam nampak menyusahkan (takut nanti kalau tak dapat band yang sepatutnya tak grad pulak kan) so kena usaha dari sekarang. Kita fikir yang positif je ok.

Mungkin dari segi pengurusan MUET pun kena ada perubahan kot especially bab listening (sebab ada student pernah mengadu kat aku yang bila bab learning tu diaorang tak dengar sangat), kan ke bagus kalau ada penambahbaikan yea tak?

Insya allah fikir yang baik-baik, usaha dan doa, mesti boleh. Tapi kalau asik merungut dan cakap tak boleh, memang tak boleh la jawabnya..Be positive!!

Teringat dulu masa zaman sekolah abah aku jenis beli paper NST dan paper melayu yang lain, tapi kitaorang ni lebih teruja capai paper melayu dari NST tu..Sian NST tu memang abah aku jelah yang baca..Eh aku baca gak tau, tapi gitu-gitu je la hehe..Lagi satu korang rajin-rajinlah baca Readers Digest yea..

Tq sudi baca!

6 comments:

  1. saya tak sempat nak ambil MUET masa di U dulu
    sebab dulu masih belum ada MUET ni
    nampak sangat study masa zaman batu, ehee
    btw good luck yea :)

    ReplyDelete
  2. Ye la..lagipun diaorang kan memang dh tau bahasa melayu..apa salah nya kita tekan kan lebih sikit bahasa inggeris pulak...dah naman pun orang melayu dok kat malaysia,kalau utamakan bahasa inggeris pun tak kan lupa nya bahasa ibunda..

    ReplyDelete
  3. sy amik muet ms nk stpm dl..dpt band 3 je.. huhuhu..susah woooo..

    ReplyDelete
  4. Sy percaya, students kat Msia ni mmg pantang dicabar. Heheheh! Kalau sebut apa-apa test, mst boleh score tapi setakat tu jelah. Utk menguasai, boleh kira dgn jari. Apapun, gud lak for u.

    ReplyDelete
  5. Bila baca entry ni rasa insaf la pulak. Mmg anak2 kurang didedahkan dgn cakap Inggeris ni. Tgk tv pun, cari yg bahasa melsyu. Huhu..

    Btw, gud luck huda. Semoga berjaya dgn cemerlang!

    ReplyDelete
  6. lya pon english berterabur.. xambik gk muet rasanya

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...