24.12.14

Banjir di Kelantan - moga mereka tabah

Ya Allah tak tau nak cakap macamana keadaan banjir yang berlaku di Kelantan. Salah sorang kawan aku ada kat Kelantan sebab ada kematian ahli keluarga di Tanah Merah, tapi sekarang dia dah stuck kat Kuala Krai, jalan terputus dan tak boleh ke Tanah Merah.

Aku share gambar dari dia (dengan kebenaran) yang sekarang ni dia tengah menginap di Damar Inn dan bersiap sedia untuk berpindah disebabkan kenaikan air yang mendadak. Katanya hujan non stop kat sana.




Ya Allah berilah ketabahan kepada semua mangsa banjir ini. Allah Maha Mengetahui segala yang berlaku, moga kita semua muhasabah diri dalam semua perkara yang berlaku sepanjang tahun 2014 ini. Kalau tak silap Ustaz Heryanto dalam rancangan Tanyalah Ustaz tu pernah berkata (lebih kurang aku paham macam ni la) --- kadang-kadang musibah yang berlaku pada seseorang tu adalah petunjuk untuk kita supaya muhasabah diri, so renung-renungkan la..Contohnya, Tuhan nak bagi petunjuk pada si B, tapi dia bagi dugaan/ujian pada si A dengan harapan si B akan amik iktibar dan muhasabah diri.

Tuhan menduga seseorang itu mengikut kemampuannya. Semoga kita semua mengambil iktibar dan sentiasa mendoakan kesejahteraan dan keselamatan rakyat di Kelantan dan mereka yang terlibat dengan musibah banjir ini. Semoga kawan aku akan selamat sebab aku suruh dia sentiasa update info memandangkan bekalan elektrik dan air telah ditutup. 

Kalau nak tau laporan berkenaan lalulintas di Kelantan boleh refer link ini -- LALULINTAS DI KELANTAN.

Sekian...

4 comments:

  1. Sedihnya... kakak pun risau juga sebab anak kakak di T'ganu mohon tidak berulang macam banjir tempohari sampai U dia kena cuti darurat 2 hari. Lagi 3 hari pulak tu nak periksa sampai minggu pertama Januari 2015.

    Moga semuanya beransur reda segeralah hendaknya..

    ReplyDelete
  2. sama-sama kita doakan agar banjir reda dan keadaan pulih..

    ReplyDelete
  3. kesian ..kan?/ada satu gambar saya tengok masjid nampak bumbung je..

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah.. saya dah selamat sampai KL... Besar betul dugaan semasa berada di Hotel Damar kuala Krai.. kena byk sabar... pengalaman yg tak mungkin dilupakan... ya allah lindungilah mereka disana..aminnn - Kak Siti

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...