11.12.14

Mesyuarat di hujung minggu

Insya allah lepas Zohor nanti akan bertolak ke Johor Bahru ada bengkel fail meja ofis di Berjaya Waterfront Hotel JB..Tak taulah kat mana mrhubby nak nengok bolasepak nanti, selain TV9 kat mana lagi boleh nengok bola ek? Chanel tv hotel ada TV9 ke?? Aku macam rasa Malaysia kalah huhu..Jangan marah eh, rasa je tapi dalam hati harap menang ok..Doakan yang terbaik yea mana tau Tuhan nak tolong dan ada rezeki Malaysia melangkah ke final yea tak?

Budak-budak bukan main seronok lagi bila nak ke JB..Lebih lagi bila kata nak tido hotel, diaorang seronoklah, aku tak seronok sebab pergi atas sebab kerja...Bestnya jadik budak-budak kan, tau happy je..Diaorang tau pergi hotel ada kolam dan nak berenang, huhu..Haraplah ada bath tub kat bilik tu, so bolehlah aku hilangkan stress berendam dalam tu huhu..

Aihh aku jeles betul la semua orang dok update pegi Big Bad Wolf kat Mines kan? Eiih sakit hati tau sebab asal Big Bad Wolf je mesti tak dapat nak join hmmm...Selalunya adik-adik aku akan pergi bagi pihak aku, tapi aku memang tak pernah dapat pergi sendiri..Aku ni suka sangat buku, nampak buku tu lebih menyeronokkan dari nengok emas haha..Entah ek, aku ni memang addicted dengan buku...Kalau mrhubby nak bagi aku hadiah anniversary bagi aku buku je memang aku dah seronok la..Takyah bagi benda lain :) Tu kira kalau takde bajet bagi je buku, kalau ada bajet lebih, bagilah benda lain haha...

Rasanya aku kena ucapkan terima kasih pada abah sebab dia memang menggalakkan kitaorang adik beradik suka membaca dari kecik lagi macam tu jugak dengan perpustakaan, dah sebati dengan kitaorang dari kecik...Sebab tu sampai besar aku suka membaca, tak kiralah bahan bacaan tu majalah ke apa ke tetap suka membaca...:)

Sekianlah untuk hari ni..Nak siap-siap balik ni, tak habis kemas lagi, tata semua..Selamat berhujung minggu.

2 comments:

  1. Agak-agak tak ada channel tv yg nak ditengok pergi aje kedai/warong mesti ada punya Huda..
    Malam ini mesti meriah.
    Tapi cuak juga kan takut org sana dendam isu berdarah tu..

    ReplyDelete
  2. kat kedai2 mesti ada tengok bola huda..saya pulak rasa macam boleh memang je..hahah..entah la..tapi memang berharap dan berdoa sangat2 malaysia menang..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...