13.1.15

Bila Zara mula bagi alasan

Masih berkisar lagi soal anak-anak maklumlah baru masuk sekolah kan..

Zara ni jenis yang ok je pada aku dia ni tenang dan cuba menyesuaikan diri la..Takdelah nangis ke apa kan, muka memang tenang je la tapi dalam hati dah mula macam-macam..

Kenapa aku cakap camtu? Sebab balik sekolah rendah semalam dia dah mula cakap, adik penatlah ibu, taknak sekolah boleh? Hahah, ingat ni sekolah tadika ke main taknak-taknak sekolah, tapi aku tak boleh la nak marah, psiko baik punya..

Lepas tu tengahari semalam gigihlah aku masakkan spageti bolognese;


Spageti bolognese ni memang favourite dia la..Dia cakap, ibu masak spageti ke? Adik suka sangat, kalau buat ni adik macam tak boleh nak sekolah la, nanti adik makan nak bertambah-tambah je jadik susah nak pergi sekolah...See permainan dia...Tapi ibu tak boleh kalah...Kita tambah lagi kuasa psiko haha..

Amboi baru dua hari dah mula nak buat hal hehe..Tapi biasalah budak-budak kan, nak-nak pulak g sekolah agama tu takde abang dia sebab sesi yang berbeza, jadik nak pergi sekolah tu muka tu macam awang mendung..Antara nak hujan ke tak hujan..Paham tak? --- Kira cam nak nangis ke tak ni..


Malam tadi dah start mengaji, tapi sebab pergi dengan abang Zarif dia takde hal sebab ada kawan kan..Nasiblah Zarif ni boleh diharap memang macam bodyguard kat adik la..Kat sekolah pagi, dia memang nengokkan Zara selalu..Lepas tu selalu tanya Zara, adik ni takde kawan lagi ke? Cariklah kawan..Hai anak la anak..

Pagi ni bangun pagi buat lagi muka mendung, tapi air mata dah bergenang dah..Psiko tetap psiko...Aku bfast dengan dia, sambil psiko sambil nasihat dan macam-macam lagi..Cakap tu dengan keadaan tenang dan baik..Ala Zara ni ada masa dia keras tapi ada masa tu memang fragile la..So kena pandai main emosi..Sambil cakap sambil suap roti kat dia, fuh mithali sungguh aku pagi ni semata-mata nak bagi dia semangat..

Bukan senang nak senang ye nak besarkan anak..Baru nak masuk 3 hari ni, memang kena sabar lagi, esok baru hari Rabu, adui lambat betul nak menuju ke hari Khamis tau..

Sekian la yea..

*Maaf kualiti gambar kurang elok.

7 comments:

  1. Anak kita mestilah kita tahu rentak satu-satunya Huda
    Ada yg jenis fragile tapi macam itu pun Zara tahu sekolah tetap kena pergi - erti tanggungjawab dah ada dlm diri

    ps: kakak suka Zarif ni memang caring dgn adik-adik.

    ReplyDelete
  2. Akan tiba masanya Zara akan bersiap untuk ke sekolah dengan rasa teruja juga nanti. Mungkin sekarang dia belum dapat kawan atau sesuatu tarikan di sekolahnya... :)

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. Bgus zarif jg adikkk
    Miq lak cm poyo2 dgn adik dia..sama mcm zarif asik bsg adik lmbt dpt kwn...bru 2,3 ari oiiii!hehehehe

    ReplyDelete
  5. belum kenal kawan lagi..dah ada kawan nanti ok la kot...betul kata abang nya tu..cari la kawan

    ReplyDelete
  6. As-salam huda,

    Baru-baru ni memang kita kena mainkan peranan yg lebih dulu kan.. mmg kena lebih mithali he..he.. InsyaALLAH.. dah lama sikit oklah tu.. nak-nak bila dah dpt kawan yg ngam dengan dia kat sekolah..

    ReplyDelete
  7. membesarkan anak-anak ni, mmg kena pandai psiko & selalu main emosi, kannn? nama abang tu, sama macam nama anak saya yg no 3, zarif :)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...