16.2.15

Aisyah dan krim kastard

Oh kerinduan dengan blog..

Weekend memang aku tak update blog yea, since Jumaat berlanjut la sampai Ahad. Kalau ada ter update tu kira bonus la tu. Banyak sangat cerita yang berlaku minggu lepas termasuklah pemergian Allahyarham  Tok Guru Nik Aziz. Semoga roh arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang yang beriman. Satu kehilangan yang besar pada seluruh rakyat dan negara amnya.

Memang minggu lepas takde cerita lain yang aku dengar melainkan berita kematian hari demi hari, baik yang meninggal kerana kemalangan mahupun denggi. Bila bab denggi ni memang sangat menakutkan, mujurlah mrhubby ni memang anti dengan nyamuk. Kalau ikut aku ni nyamuk hinggap kat tangan pun aku malas nak pukul so mrhubby la yang pukul kan. Dia memang tak boleh dengar bunyi nyamuk ataupun nampak nyamuk terbang, memang habislah nyamuk tu..Memang musim denggi kan, dengar kat berita haritu peningkatan mendadak pesakit yang mengidap denggi. Mrhubby pernah kena denggi ni masa tahun 2006 ke 2007, tak warded sebab wad penuh tapi 3 hari berturut kena pergi hospital masuk air, dia kata sakitnya sampai ke sendi-sendi semua, phewww ngeri dengar..Mudah-mudahan dijauhkan la dari semua penyakit ni kan.

Malam tadi jenuh aku buat creampuff, maklumlah stok kat kedai dah habis. Fuh penat ok, tapi minda kena positif, Tuhan dah bukakan pintu rezeki maka kita kena la berusaha. Bukan senang nak senang yea, hehe. Moga aku dan mrhubby terus diberikan kesihatan yang baik, biar untung sikit-sikit lama-lama jadi bukit..

Ni belum letak krim kastard lagi, phew jenuh ok..
I am not a pro baker :)

Balik kerja nanti baru nak letak krim kastard dan packing. Tapi untuk satu kedai lagi mungkin esok kot aku hantar macam tak sempat je hari ni. 

So bila dah buat cream puff ni wajiblah ada krim kastardnya kan. Si baby Aisyah tu pulak memang suka makan krim kastard so biasanya aku akan letak sikit kat mangkuk dia bagi la dia rasa-rasa. Tapi semalam mrhubby dapat tangkap dia buat projek sendiri dengan krim kastard tu.

Boleh pulak dia ingat tu losyen muka kot, dia amik krim kastard tu dan dengan syioknya sapu ke seluruh muka dan rambut huhuhu...Anak la anak, nak marah tapi comel sangat so bertabah je la. Ye la Aisyah kan nak jadik saintis so dia try la dulu guna krim kastard tu kot boleh jadi masker ke losyen muka ke kan? :)

Ni lepas dah basuh muka dan rambut, tu yang sememeh je
Eiii geram tau dengan dia ni huhu
Akal dah panjang so macam-macam la yang dia suka nak buat


Oklah tu je yang nak cerita, at least melepaskan rindu kat blog tercinta ni...:)

p/s- Semalam dapat hadiah jubah dari bos yang baru balik dari umrah, syukur alhamdulillah. Moga murah rezeki bos sekeluarga. Terima kasih bos.





6 comments:

  1. Aisyah nak bagi ibu dgn abah kerja lebih sikit tu:)
    Bau kastard tu kan sedap Huda apa lagi sapulah macam lotion hihi..

    ReplyDelete
  2. hehehe budak2 tgh membesar..dpt idea mcm2

    ReplyDelete
  3. Bau kastad wangi mesti Aisyah ingat bau losyen!

    ReplyDelete
  4. patut la kulit gebu..sapu kri kastard rupanya..hahahah

    ReplyDelete
  5. wow sedapnye creampuff....kat jualan pasr tani lieya ni ade jual...selalu gak beli...sedap....cream kastard tu sape tak suke kan...manis2...mmg syok le meratah heheheeheh....aisyah laju jeee le menyuap tu kan ....tapi tgk2 salah suap ye hahahahah dah di'spa' kannye cream kastard tu...adoiii berlemoih lee kene mandi balik tuh...

    ReplyDelete
  6. patut ko upload kat sini pic dia sapu cream tu kat muka nok...
    mesti comel! hahaha..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...