12.2.15

Kisah masak dan makan

Semalam takmo update kan, bz siapkan kerja la, maklumlah bos dah balik dari umrah tapi minggu depan baru masuk opis huhu, tau takut ek..Ei bos takde pun aku still buat kerja tau..

Ni aku letak jela gambar apa yang aku dah buat minggu lepas, tapi ada di antara gambar ni aku dah upload kat instagram. Kalau nak nengok follow aku kat @huda8379. Aku boleh dikatakan aktif kat instagram la huhu.


Cuti Thaipusam haritu mrhubby cari masa untuk ziarah kubur arwah mak dan abah, lama tak pergi. Aku tau dia rindu sangat tu...:(


Sebelum pegi kubur tu singgah butik vendor jap, hantar stok dan belikan aiskrim pasu untuk diaorang. Benda ni korang boleh buat kat rumah je, memang senang sangat, tinggal malas dengan tak je. Tapi serius ramai orang beratur panjang kat butik ni semata-mata nak beli aiskrim pasu je ok. Aku ni kalau bab aiskrim kureng sikit kecuali cornetto jer :)


Aku lupa aku buat ni hari apa tapi last wk jugak kot..Ni namanya Soft Cotton Japanese Cheese Cake with Cream Cheese Topping - gila panjang kan namanya huhu. Masa buat ni cam dah seram entah jadik ke tak, bukan ada apa majlis pun saja nak makan sendiri. Bila buat saja-saja jadik la pulak. Ada satu hari tu beria aku buat untuk apa ek aku dah lupa, tapi tak jadik sia-sia kena buang tau..


Ni hari Jumaat lepas kot, masak nak cepat je so paprik je senang memang kesukaan Zarif pun. Masak paprik ni campak je segala bahan dan kacau-kacau, cepat je siap hehe..


Ni namanya sarapan dengan lempeng pekak dan popia. Resipi lempeng pekak ni aku ikut Mat Gebu punya, senang dan sedap la..Tapi aku tak sempat nak buat sambal tumis bagai so guna resipi sambal gesek ikan bilis ikut suka hati aku je...Sebab sambal tu ada cili padi so budak-budak aku suruh makan dengan gula jer. Aku letak sikit la gula tu bagi diaorang makan, kesian anak-anak aku ni jakun baru reti makan lempeng dengan gula, Zara siap bertambah dua kali tu. Zarif jangan cakaplah berapa kali tambah hehe, tapi lempeng ni ngam-ngam sorang dua keping je pun.

Wei apasal aku letak gambar makanan ni je haha..

Nah last aku letak gambar dua beradik ni, adik dah boleh pakai baju kakak laaa, banyak oh baju kurung Zara yang aku simpan, tak lama lagi dah boleh pakai yeayy..

Sorang muka panjang, sorang muka bulat :)


Sekian tq sudi baca, till then tata ~







4 comments:

  1. Kek Soft Cotton tu menggoda betul Huda.
    Adik ikut muka abang Zarif itu yg bulat aje:)

    ReplyDelete
  2. akk jual kek kt vendor mane nih?
    lawa baju adik beradik tu

    ReplyDelete
  3. saya nak jadi anak angkat awak la huda..boleh tak??
    nak makan sedap2 macam ni hari2...heheh

    ReplyDelete
  4. lempeng pekak? festaim aku dengar weh...

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...