30.3.15

Majlis nikah Wan di Temerloh Pahang

Ok kita terus ke entry pernikahan adik aku yang dijalankan pada waktu malam hari Jumaat 20 Mac 2015. Lebih kurang jam 9.30 kot adik aku selamat dinikahkan. Memula ingat sekali lafaz rupanya dua kali lafaz, tapi tak kisahlah yang penting dah selamat dan dah halal.

Kena ulang dua kali lafaz sebab saksi tak dengar katanya, ala tak pelah kan, ok je..

3 lagi hantaran dah ada kat hotel dengan parents aku. Ni kira masih draft lagi, belum final touch up gitu hehe...Kawan adik aku yang buatkan hantaran ni, senang je..


Adik laki aku ni dengan wife dia saling bertukar hantaran sebanyak 8 dulang, takde dah macam zaman kita-kita dulu, kalau lelaki bagi 5, dibalasnya 7..Kalau bagi 7 balas 9, main no ganjil kan..Budak zaman sekarang kita ikutkan je la, bagi 8 balas 8 janji semuanya ok jer..

 Bersiap sedia
Zara aku buatkan dress labuh je, Aisyah tu gaun je..Aisyah ni lasak sikit bila dia pakai dress atau kurung macam kelakar sikit sebab biasanya aku memang pakaikan seluar je hehe..

Ok amik gambar lagi, tak sudah-sudah

 Best buddies..Tinggal yana sorang je sekarang ni..
Dia kata tunggu sponsor baru nak kahwin haha

Amboi kakak pengantin takmo bawak hantaran eh hehe
Tu antara makcik-makcik dan sepupu yang bawakkan hantaran :)
Tq so much yea

Ni sebenarnya family kitaorang yang tak complete
Adik aku no 2 dan family tak dapat hadir sebab baby dia demam panas dan kena warded

Ui berdebar kot masa ni kan??
Ni aku kat luar tapi ntah ni sapa yang amikkan gambar, mrhubby kot..

Ni rasa macam dah nikah kot, baca taklik kan

 Batalkan air sembahyang



 Nengok mak, bukan main lentok kat satu-satunya menantu pompuan dia tu tau
Menantu yang comel dan cantik
Welcome to the family yeaa!! Kitaorang semua baik-baik takde buli-buli tau..:)


Aku pun tak tau nak suh anak-anak semua panggil apa, nama dia Aisah gak..Anak-anak aku dan anak sedara semua panggil adik aku - Cik Wan, so apa kah nama panggilan sesuai untuk wife dia ni? Cik Ecah ke?? Hmmm..

 Di saat semua orang kecoh dan sibuk sana sini, budak bertuah ni boleh tido dengan baiknya hehe
Aku memang suka je dia tido sebab aman sikit, tak banyak hal, nak makan pun senang walaupun kena pangku dia hehe..


Setakat ni dulu gambar yang ada untuk ni, sebenarnya ada lagi, aduii tak larat ok, tapi akan diteruskan ke entry akan datang..Maaflah kalau kualiti gambar kurang elok ke dan bermacam saiz disebabkan gambar datangnya dari pelbagai sumber dan medium hehe..

Tq kerana sudi baca yea...:):)






















2 comments:

  1. Nampak sungguh mak dah mesra dgn menantunya Huda
    Beruntunglah adik ipar Huda ada mak mertua yg penyayang..

    ReplyDelete
  2. ye la huda...lawo pengantin...manis n cute2 gitu...alhamdulillah...bertambah lagi ahli keluarga...mak pun hepi tu dp tmenantu baru heheeheh..... moga cepat2 bertiga plak...bertambah riuh anak sedare nanti...balik raye pun seronok nanti..... berlari2 kazen bermain kan......

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...