30.6.15

Dera budak

Assalamualaikum dan Salam hari Selasa..

Semalam kan, aku rasa pahala puasa aku menipis tau. Bukannya apa, kelmarin masa keluar berita pasal budak didera tu aku buat tak kisah je sebab aku ingat tu macam kes dera biasa la kan, setakat cubit-cubit dan pukul-pukul je dan aku tak baca pun berita penuh.

TAPI pagi semalam bila aku terbaca tajuk yang mengatakan budak tu mengalami cacat kekal, terus aku baca berita tu sampai habis..Wahh, apa lagi la la kan, dari taknak komen, terus komen kat fb..Tapi komen dalam baik la tapi dalam hati Tuhan je tau. Aku rasa satu Malaysia pun sakit hati dan berang kot. Dahla nama panggilan budak tu yaya sama dengan anak bongsu aku..

Apa la punya perangai bapak kandung dengan mak tiri tu? Gila ke atau lebih dari gila? Mental? Come on la, budak 5 tahun kot? Apa la kau dah buat sampai usus budak tu berlipat dan kena operation nak betulkan usus tu? Sampai satu badan cedera, tulang patah bagai semua tu??? Eh aku tak boleh nak imagine la, diaorang ni banting ke budak tu? Sepak ke apa ke? Aku tak boleh fikir pasal kita semua ada anak kan, garang jugak dengan anak tapi takde la sampai macam tu..Ada je kawan aku yang ada anak tiri tapi dia punya sayangkan anak tu lebih dari sayang anak sendiri la..Mental la, banyak orang Malaysia ni sakit mental ok..Baguslah dah kena tangkap, biar la undang-undang yang menentukan esok kat akhirat confirm takkan terlepas!

Kesiankan kat anak kecik tu, tak boleh bayangkan tangisan kesakitan, kepedihan, ketakutan, kelaparan dan macam-macam lagi la..Kita ni marah-marah anak jugak tapi takdelah sampai nak banting-banting anak..Dengan kucing pun kita tak boleh nak baling inikan pulak manusia..

Oklah dah malas nak bebel banyak, kang menipis lagi pahala puasa aku hari ni..

Hari Jumaat hari tu terajin la pulak nak buat menu soto untuk buka puasa..

 Nengok sedap je si Yaya ni makan begedil, macam mem besar nak layan dia tau

Ni memang makanan favourite aku
Tang nak buat kuah tu risau jer pasal dahlah tak boleh rasa so main agak-agak je berpandukan resipi
Kira boleh la sedap la jugak :)


Kelmarin pulak aku buka nasi putih, sardin, telur dadar dengan sambal hitam. Eh takdan nak amik gambar la, pasal lauk yang macam tu pantas je abis. Kalau boleh nak makan lagi sardin semalam, entah kenapa aku ni, craving tak pasal-pasal ni..

Semalam memang hari penat aku, so plan asal nak masak tapi lepas tu tinggal plan je la..Ayam dan daging yang aku keluarkan semua simpan balik dalam freezer. Dari tempat kerja sampai nak balik rumah yang tak sampai 5 minit pun aku boleh tertido..End up beli jelah nasi kerabu.

Tu pun nasi kerabu aku boleh share 2 orang pasal banyak betul orang tu letak nasinya, maybe dia nak bersedekah kot, alhamdulillah kalau ada peniaga yang ikhlas macam ni.

Hari ni maybe masak kot. Tapi tak tau nak masak apa, nak masak simple-simple jer, goreng mi pun sedap kan..

Pagi ni terbangun sahur lagi 10 minit 5.30 so telan la apa yang sempat dan minum air masak, hmmm..

Oklah sekian untuk hari ni..
Tq sudi baca!






7 comments:

  1. akak mane cari mangkuk mickey tu, cantik lah

    ReplyDelete
  2. Moga budak tu kuat dan bertabahlah buat ibunya. Kita hanya mampu mendoakan, mereka yang melaluinya.. siapa tak sedih, siapa tak marah.. tapi biarlah undang2 yang menentukan.

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum,
    mata ambo terdera dengan itu soto

    ReplyDelete
  4. kesian kan budak tu...mengalami trauma yg sgt teruk...

    aku balik ni nak buat mee goreng je...jemu pulak hari2 makan nasi...
    pandai ko buat soto nok...nampak sgt menyelerakan...

    ReplyDelete
  5. Semakin hari manusia semakin zalim sehingga anak sendiri pun sanggup di perlakukan begitu... memang geram dan cuba sedaya upaya untuk tidak lihat atau baca mengenai budak tu.. sedih dan sayu je hati ni.. mula la rasa geram dengan bapa dan ibu tirinya.. grrrr... apa2 pun sedap juadah tue...

    ReplyDelete
  6. selalunya saya kejut anak dan suami saya sahur pun 10 minit sebelum 5 setengah..malam2 sebelum tido siap masak semua la..pagi2 tinggal panas kan je kejap.tu yang boleh angun lewat2.heheh

    ReplyDelete
  7. kes dera tu saya mampu baca sepintas lalu jer. tak sampai hati nak baca penuh apatah lagi tengok gambar2 yang di kongsi oleh netizen. hati saya nie tersangat la rapuh untuk mengeluarkan air mata.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...