30.8.15

Cerita hujung minggu - terjumpa bos

Ngantukkkk..

Tu la padan muka kat diri sendiri, semua orang sambung cuti ko sibuk dok buat kerja huhu, pasrah ler..

Sunyi sepi ofis hari ni ok, dengan bos aku pun cuti..Tapi aku memang galakkan bos aku cuti pasal sejak awal tahun haritu (lepas dia balik umrah), ni la first time dia amik cuti rehat (kecuali cuti raya ler). First time ever for this year! Memang kuat semangat bos aku ni, tak tau la apa dia makan memang sokmo kerja jerrrr..Tu pun last wk dia outstation, aku yang offer tanya kat dia, nak sambung cuti tak? :) Cuba kalau aku tak offer mau dia datang kerja jugak hari ni...

Mula-mula aku pun ingat nak cuti tapi sebab setiausaha sorang lagi cuti aku rasa macam takpe kot pasal aku rasa macam takde kepentingan je nak cuti sebab anak-anak dengan mrhubby pun kerja. Baik pergi kerja kan, aman je rasanya. Lagipun aku rasa macam nak amik cuti lepas cuti Hari Malaysia tu. Hari Malaysia tu nanti 16 September (Rabu) so aku nak amik 17hb tu hari Khamis, alang-alang kan so terus ler sambung Jumaat dengan Sabtu, padahal takde nak ke mana pun, saja jerrr..

La ni aku memang tengah ngantuk giler, kejap buat kerja kejap ngantuk, tu stop jap buat kerja aku update blog jap ni. 

Semalam mrhubby belanja makan sarapan. So semalam aku teringin nak makan roti canai, tapi time order aku g order lontong pulak entah kenapa ler..Masa baru sampai tu kan, tetiba aku perasan ada pompuan meja sebelah main toleh-toleh kat aku. Alamak sapa ler tu nak nengok aku kan..

Aku ni memang peel sikit, kalau pergi mana-mana aku selalu jalan tegak je dan takde toleh sesapa pun. Amik masa la dah duduk barulah kepala melilau nengok keadaan sekeliling. Sekali semalam bila aku toleh meja sebelah, alamakkk bos aku ler..Bos aku dengan wife dia kat meja sebelah jugak huhu, padanlah wife dia nengok-nengok aku. Dah nampak haruslah salam kan (first time aku jumpa wife dia secara direct since aku jadik PA bos aku setahun yang lalu). Mesti masa aku baru sampai, bos aku dah perasan aku jalan dengan bawak anak yang ramai hahaha..Dan nasib baik jugaklah aku mandi semalam. Pasalnya aku ni kalau setakat nak breakfast je, malas nak mandi beria, setakat gosok gigi basuh muka dah ler, bukannya orang tau aku tak mandi hehe..Cuma semalam aku boleh jadik baik sikit..

Dah duduk meja sebelah dengan bos haruslah aku suruh anak-anak aku behave kan tapi perangai diaroang tu takdelah teruk mana pun cuma Zarif dengan Zara tu memang suka menyakat sesama sendiri..:)

Kitaorang makan pun tak lama, lepas tu nak balik terus salam lagi dengan wife bos aku dan terus pegi beli barang dapur sikit dan balik rumah mak aku.

Memang semalam takde aktiviti sangat pasal mrhubby sibuk dengan kerja data sekolah dia tak sudah-sudah. Aku pulak bz mem 'baking'..Ala ada la rezeki sikit orang nak order cookies dengan congo bar. Nanti-nanti la aku cerita pasal baking ni. Nama pun part time kan, buat order sikit pun amik masa nak siapkan huhu..

Oklah sekian dulu untuk hari ni. Rasa macam dah kurang sikit ngantuk ni..

Tq pada yang sudi baca!

Selamat bercuti!! Salam #sehatisejiwa






1 comment:

  1. hahahaha.....baru tau ada gak yang sekadar gosok gigi & basuh muka. kikikikik

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...