21.9.15

Kisah nasi lemak dan kopi yang viral

Oklah, dah berapa hari aku tak update?

Oii bz sangat nii..Tak sempat nak baca blog pun tau, nengok gitu-gitu jer huhu..Oklah sebenarnya by the time korang baca blog ni pun aku tengah bz ada program fakulti dari pagi sampailah tengahari nanti. Paham je la dah nak konvo ni memang ler sibuk dengan majlis anugerah itu dan ini, so sabar la yea.

Tapi disebabkan aku pun dah muak entry ni dok melekat dah berapa hari so gigihla aku menaip di tengah malam entry baru :). Kira automatik publish gitu..Semalam konon private kan jap perasan macam nak tukar template dan edit sikit tapi memang tak sempat la, pening kepala la apa la, so mampu update entry je ni..

Ala bukan la entry apa pun tapi lately ni ada pulak kisah viral tempat makan nasi lemak yang glamer tu kan..Nasi Lemak Cik Chom namanya. Well, tak berapa jauh sangat dari rumah aku, tapi aku pun tak pernah singgah lagi. Belum ada rasa nak singgah pun, tak larat la aku semata-mata nak makan nasi lemak pastu nak kena beratur ramai-ramai pastu nak tunggu giliran lagi huhu..




Ni antara tarikannya makan nasi lemak dengan sotong yang besar ni. Selain sotong ada jugak ikan siakap goreng dan ayam. Pastu ada kelainan sikit ada nasi lemak hijau jugak (nasi lemak pandan kot). 

Disebabkan aku tak pergi lagi so adalah tidak adil aku nak bagi komen sedap ataupun tidak kan. Pasal citarasaorang lain-lain. Kang aku kata tak sedap, ada yang kata sedap. Aku pun baca melalui komen-komen yang ada kat fb tu. Memang buat masa sekarang belum nak makan kat situ lagi..:)


Tiap minggu balik umah mak aku lalu jalan ni so nampak la restoran tu (yang ada logo Celcom tu) tapi orang masih lagi ramai dan gigih beratur semata-mata nak makan nasi lemak tu..Memang bukan aku ler jenis nak beratur panjang dan menunggu lama ni, aku memang tak sabar ok :)

Tapi kata orang (penduduk setempat kat kawasan aku ni), tukang masak asal nasi lemak ni dah bukak restoran kat taman aku ni..Kira baru bukak kedai jugak la, ramai jugak orang tapi pasal tak viral so masih boleh lagi la hehe..Buat masa sekarang memang belum pergi lagi walaupun dekat la sangat dengan rumah..

Lagi satu yang baru keluar viral adalah berkenaan minuman Pirate Coffee. Ha yang ni dari awal bukak, memang ler penuh jer. Aku rasa cawangan Pirate Coffee ni macam ada kat tempat lain selain dari cawangan kat Parit Raja Batu Pahat ni.

Disebabkan nengok asik penuh je gerai ni, aku paksa jugak mrhubby beli. Nak jugak tau apa yang sedap sangat pasal ramai je yang beratur nak beli. Itupun setelah beberapa hari gerai ni bukak baru aku dapat rasa, itupun masa brother tu tengah setting nak bukak gerai, dah berapa ramai yang beratur menunggu, memang hebat!

Baca lagi

Tu yang aku beli tu perisa Cappucino. Oklah not bad, memang sedap. Untungnya brother yang bukak gerai ni ramai orang yang beli (kebanyakannya student U) dan lokasi tu memang strategik sangat la...Kalau tak silap aku brother yang jual air ni asalnya pernah jual nasi goreng kat pasar malam. Tu pun mrhubby yang cakap pasal trademark dia pakai kopiah dan badan sado :)

Oh ye harganya kalau tak silap RM4 yang biasa la, kalau special tu RM5..

Tahniah la pada brother ni dan geng dia sebab satu kelainan menjual air coffee kat taman ni. Aku memang salute pada anak muda yang berani dan berjaya berniaga. Memang kebanyakan yang bukak gerai menjual kat taman ni semuanya anak-anak muda, baik yang jual coffee ni, goreng pisang cheese, bubur, burger, rojak dan lain-lain. Memang diaorang berani dan punya hati yang kental.

Akan datang Pirate Coffee ni nak jual hot coffee pulak..



Wah bagus-bagus..Well, aku tak dapat apapun cerita ni semua, cuma bangga dengan semangat anak muda yang bersungguh-sungguh dalam berniaga. :) Lagi satu aku bukan peminat coffee ok. Kalau dah beli haritu dah la..Bila nak beli lagi tu tak tau la kan, pasal aku ni kalau minum coffee mulalah sakit kepala la dan macam-macam la..

Okla sekian dulu, nanti aku update kisah lain pulak yea.

Banyak lagi cerita ok tapi kena tunggu ada masa dan kena ada sifat rajin macam malam ni nak menaip hehe..

Sekian, tq sudi baca!








3 comments:

  1. hallamakkk..coffe tu bikin terliur la..

    ReplyDelete
  2. patutlah org malaysia makin meningkat peratusan obes, makan semua sedap2 hahahaha

    ReplyDelete
  3. Sotong giant tu tempat kakak di pasar malam pun sejak ramadhan hari itu femes Huda (tapi bukan utk nasi lemak)
    Yg kat BP tu kakak tak try lagi sebab belum balik.
    Raya Haji pun tak balik. mereka yg dtg rumah kakak tiap tahun gitulah sebab abang tukang sembelih kena tunggu selesai selepas hari tasyrik baru lega...

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...