5.11.15

Bila Zarif ujian taekwando

Ok semalam cerita pasal Zara kan, hari ni pasal Zarif pulak sebab program yang melibatkan diaorang melibatkan hari yang sama iaitu hari Sabtu lepas.


Habis je aktiviti untuk Zara tu, kitaorang pun balik la rumah pasal Zara dah kalah kan, hehe..Ok balik rumah rehat-rehat pasal nak bawak Zarif pulak ke ujian taekwando nak naik (1st) blackbelt pukul 3 petang Sabtu tu.

Tapi aku tak ikutlah pasal aku memang penat dan kebetulan pulak hujan turun lebat sangat waktu tu. Jadi mrhubby je yang bawak Zarif dan tukang amik gambar dan rekod video :)


Sebenarnya dah banyak kali la Zarif ni nak berhenti taekwando ni tapi aku dan mrhubby tak bagi. Memandangkan taekwando ni seminggu sekali dalam tempoh sejam setengah je, rugi pulak nak berenti kan? Lagipun dari darjah satu dia masuk sampai dah darjah 4 ni..Nak berenti tak jadi-jadi jugak hehe. Aku suka dia ada aktiviti dari dok kat rumah melanguk nengok tv.. Zarif ni suka main bola dan aktiviti luar sebenarnya..Tapi taekwando ni aku akan teruskan sampailah ke peringkat yang mana aku dah tak mampu nak bayar yurannya haha..Nengoklah nanti macamana, buat masa sekarang ni just go on..


Mujurlah masa tu Zarif dalam group pertama nak buat ujian, so habis je dia dah boleh balik rumah. Beberapa hari sebelum aku memang pesan kat dia fokus sebab sebelum-sebelum ni kalau time ujian macam main-main je kan..Sebab time ujian ni ada beberapa langkah yang dia kena hafal kan..Nasib la ok..

Tak sempat lagi belikan Zarif baju baru taekwando Zarif, haritu takde saiz..Nanti ibu belikan ok supaya Zarif lebih bersemangat pakai baju baru hehe..

video 

video


So harap Zarif berjaya dengan ujian naik ke 1st blackbelt ni. Mudah-mudahan berjaya ye anak ibu, ibu akan support Zarif selalu.

Oklah sekian dulu.
Tq sudi baca!





3 comments:

  1. ala..sayang la klau berhenti..penting tau ada kemahiran partahan kan diri ni..

    ReplyDelete
  2. aktiviti yang sangat berfaedah.... anak saya pun nak hantar juga la biar dia ada aktiviti daripada duk menghadap pc & tablet

    ReplyDelete
  3. Kalau tengok badan Zarif tu sedap kalau bertaekwondo
    Anak kakak dah berhenti masa tahun 3.
    Moga Zairf berjaya.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...