4.1.16

Ok back to school [2016]

Ok habis dah cuti sekolah, dah cukup dah bulan madu kat rumah sebulan lebih huhu..

Jomlah kembali ke sesi bangun awal pagi, sesi kelam kabut dan sesi menggosok baju tak habis-habis..Pheww konon macam penat padahal bukan aku yang gosok baju kan, haha..

Hari ni kat negeri Johor dah masuk hari kedua bersekolah. Oklah boleh adapt dengan situasi. Kalau ada perbezaan pun cuma waktu mengaji je yang tak sama (kelas ngaji start esok). So far semua pun ok, kelam kabut sikit tu biasalah kan. Aku masih bangun awal pagi untuk siapkan bekalan pagi untuk semua dan masak untuk lunch terus.

Aku sedaya upaya cuba susun jadual sebaik mungkin esp bab makan tengahari tu. Aku masak dari malam lepas tu frozen kan sebab taknak huru hara kat dapur pagi-pagi. Tapi depends pada lauk jugakla yang nak kena masak dari malam tu kan..Kata mrhubby at least tengahari tu ada satu lauk pun dah memadai untuk anak-anak makan alas perut.

Ni bekal roti sosej gulung untuk semalam

 Gigih ok cari kedai yang bukak lampu kat luar semata-mata nak amik gambar hehe..
Zarif tu bukan pengawas tapi pengawas ICT, macam-macam la sekarang ni..

Ni bekal hari ni
Maggi goreng (perencah aku buat sendiri) dengan choc chip muffin
Zara ni picky eater so kena la buatkan benda yang dia suka dan dia makan..


Oklah selamat bekerja untuk semua..
Aku memang sibuk sangat sekarang ni, almaklum la baru tukar bos baru kan, so kena banyak benda nak kena buat..Janji ada update blog yea..

Sekian, thanks sudi baca!
Tata...

1 comment:

  1. rajin tol akak memasak smpi menu lunch kan... :)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...