22.3.17

Kelas Seni Musim Cuti 2017

Ok ni aku nak kisahkan tentang Kelas Seni Musim Cuti 2017.
[Fb: Kelas Seni Musim Cuti]

No - bukan aku yang ajar tapi mrhubby aku. Kelas ni akan diadakan setiap kali cuti sekolah. Tak kiralah cuti yang panjang atau pendek. 

Macam cuti kali ni kan seminggu je kan. 
So mrhubby buat dua hari.
Kalau ikutkan kelas seni tak boleh ramai-ramai dalam satu sesi..Kalau terlalu ramai kitaorang biasanya akan buat dua sesi.
Tapi ni oklah 14 orang, mrhubby kata dia boleh handle lagi.
Ikutkan ada lagi yang nak masuk tapi ada yang bertindih dengan kelas tambahan dan program bersama keluarga.

Alhamdulillah, peserta paling jauh datangnya dari Penang. Anak kawan sekolah aku.
Dari tahun lepas lagi dia nak hantar anak dia join kelas ni akhirnya dapat jugak.

Tujuan nak buat kelas ni nak ajar anak-anak tentang teknik mewarna yang betul. Lagi satu kasi anak-anak ni hilang stress la kan, asik belajar je tak sudah-sudah so kita belajar la mewarna pulak yea tak..

Oklah layan gambar je la.

 Siapa join siap ada goodies yea..
Zara asik kata kata bestnya diaorang dapat goodies.
Ni sebagai galakan dan rasa seronok budak-budak nak belajar..


 First day masing-masing malu-malu je
Masuk second day siap dah bergelak sakan lagi..

 Ni budak yang paling muda iaitu 6 tahun
Diaorang sangat bagus dan sangat fokus ok, nak-nak yang budak laki tu, asik tanya mrhubby je lukisan dia ok dan betul tak? Sangat comel yea..


 Yea mewarna kena satu arah dan kena ada tone..
Kalau ikutkan aku memang seni ni susah..tapi berjodoh pulak dengan cikgu seni haha..


 Suka sangat nengok diaorang..
Ni group 7-9 tahun



Ini adalah mereka yang umurnya 10-13 tahun


 Yeayyy
lepas ni balik boleh apply ye teknik mewarna yang cikgu dah ajar

 Ok masing-masing dah dapat sijil dan dah settle

Terima kasih pada kawan-kawan yang support dan hantar anak ke kelas seni ni..Harap terisi masa cuti sekolah korang dan dapat ilmu yang boleh share pada kawan-kawan kat sekolah nanti. 

Ikutkan bayaran RM30 memang sangat murah untuk join kelas seni ni. Tapi niat aku dan mrhubby nak bagi anak-anak dan parents happy.
Aku pun sediakan makan dan minum pagi untuk anak-anak semua, yelah kan anak-anak ni pun aku dah anggap macam anak-anak aku sendiri, so takde masalah.

Faham sangat waktu-waktu ekonomi yang tak best ni, kadang kita sangat berkira nak keluarkan duit pada benda yang kita rasa tak perlu kan..
Tapi insya allah tak rugi datang kelas ni sebab akan dapat ilmu..
Cikgu akan direct pergi meja ke meja dan ajar korang cara mewarna yang betul.

Akan datang kitaorang akan upgrade lagi kelas seni ni dengan 3 pakej. Tapi bayaran up sikit la. Tapi don't worry, kitaorang akan buat loose package sebab taknak parents rasa terbeban dan parents dan anak-anak boleh buat pilihan yang terbaik yea.

Ini antara feedbacak dari parents yang hantar anak-anak diaorang ke kelas seni musim cuti;









Oklah, sekian.
Thanks sudi baca yea.
Bye..

21.3.17

Kisah 8 Mac 2017

Salam,

Biasalah memang suka buat post tertunda kan.
8 Mac 2017 - hari lahir aku yang ke 38 tahun. Dah tua kan? Ke muda? Belum 40 lagi hehe..Tapi kan aku selalu confuse dengan umur aku sendiri tau. Selalu tak sure eh, tahun ni 36 ke 37 ke 38? Selalu la macam tu...Tu menunjukkan aku dah tua huhu..

At this age dan macam biasa tiap tahun aku takkan harap apa-apa pun. Dan aku memang tak nak diaorang bagi hadiah sebab takut nanti tak capai KPI haha. Kalau nak bagi jugak, bagi la makanan ke atau belanja makan je la. Takmo yang lain. Nak bagi aku happy bagi buku pun ok tapi still takut tak capai KPI hehe.

Tapi haritu bangun pagi je nampak something la kat meja dapur effort suami dan anak-anak. Simple things tapi dah cukup buat aku happy.

Zara macam biasalah hari apa pun tetap dengan ucapan maaf dia..


8 Mac tu pun merupakan sambutan Hari Wanita Sedunia dan genap 3 tahun kehilangan pesawat MH370. Entah apa la khabarnya kan?

Terima kasih atas ucapan, ingatan serta doa yang diberikan melalui IG, FB, WA aku sepanjang haritu. Aku cuma harap diberikan kesihatan yang baik selamanya dan masih lagi dapat beramal kepada Allah.


Sekian, thanks sudi baca.
Bye..

4.3.17

Tahniah JDT menang!! Liga Super 2017 [3 Mac 2017]

Salam,

Pagi ni berbunga-bunga rasa bila JDT menang lawan Pahang malam tadi..Hooreyy!!



Kredit : Page fb:  Johor Southern Tigers

Well, aku memang peminat JDT..So pasrah dan jangan marah la yea kalau korang nengok aku akan update je pasal JDT je nanti. Kalah ke menang ke kita tetap sokong JDT selamanya yea.

Aku bukan lah terer sangat nak cerita pasal bola ni, tapi aku suka sangat cara JDT main malam tadi. Maybe permulaan liga cam slow sikit tapi sekarang sikit-sikit JDT mendaki ke tangga teratas.
Game macam ni la terbaik bila ada persaingan dari pasukan lawan.

Tahniah JDT!!

Kita tunggu game yang akan datang pulak yea..

Ale..ale..ale..ale..Luaskan kuasamu Johor..

Thanks sudi baca.
End.



2.3.17

Anniversary ke 13 tahun [27 Disember 2016]

Salam Khamis untuk semua.

Hari ni aku cuti rehat yea. Sorang-sorang duduk rumah, yang lain sekolah. 
Aku memang suka cuti macam ni duduk sorang dan rehat la sepuasnya especially tido la huhu. Tapi aku tetap divert phone ke hp untuk mudahkan urusan kerja.

Ok, ok..Aku nak cerita pasal entry tertunggak ni. Patutnya keluar bulan Disember haritu, tapi lupa nak buat entry pulak.

Tarikh 27 Disember 2016 yang lepas merupakan hari ulangtahun perkahwinan aku dan mrhubby yang ke 13 tahun.


Kad kahwin 13 tahun yang lalu..


Banyak betul dugaan, kenangan pahit dan manis dalam melayari kehidupan bersama sepanjang 13 tahun ni. Even sampai sekarang pun ada masa up and down but it's ok. Nama pun kehidupan kan, aku lebih percaya dengan semua ujian dan dugaan hidup kita akan jadi lebih baik pada masa akan datang dan akan menguatkan lagi hubungan aku dan mrhubby.

Alhamdulillah, thanks for everything. I am so blessed.


Tiga anak..
Alhamdulillah..
Semoga hubungan kami semua akan kekal bahagia hingga ke Jannah.


Sekian, thanks sudi baca.
End. Bye.











1.3.17

Gold Coast Morib [27-28 Januari 2017]

Assalamualaikum,

Salam Rabu untuk semua.
Salam 1 Mac juga. Bulan favourite aku pastinya :).
Semoga yang baik-baik hendaknya.

Okla kali ni nak cerita pasal kitaorang pergi ke Gold Coast Morib pada 27-28 Januari 2017 haritu. Yup masa raya CNY haritu. Tapi kitaorang pergi sehari sebelum la. Baliknya esok je. Sebenarnya perancangan kitaorang lain tapi jadiknya lain. Banyak cerita la time pergi tu. Malas nak detailkan. So taknak ingat lagi la.

Kenapa Gold Coast Sepang? Maybe sebab ada theme park dia tu kot, or maybe ada jacuzzi kat bilik. Sebelum pergi memang aku dah baca mostly review dari mereka-mereka yang pernah pergi. Memang macam-macam pendapat dan bad/negative review semua ada. Aku memang redah je la [pasal dah bayar awal] dan terima je la apa kemungkinan pun. Kalau tak lalui pengalaman memang tak tau kan.

Actually masa kitaorang pergi ni takde la ramai sangat orang. Biasa2 je la. Tapi kan kalau korang tanya kitaorang nak pergi lagi tak? Aku taknak pergi lagi la..

Dah la jauh.
Pekan pun jauh.
Stesyen minyak jauh.
Bank? Takde. Korang kena siap-siap keluarkan duit kat Petronas yang berdekatan [almost 30 minit].
Aku kalau sekali dah masuk hotel memang kirim salam la nak keluar balik beli makanan macam dinner ke apa ke kan [kecuali kalau terpaksa sangat].
So aku memang dah siap-siap masak untuk makan malam sekali.

Eh malas la nak cerita panjang.
Kita nengok gambar yang ada je yea. Terus terang cakap masa g sini aku memang out of mood. So nafsu nak amik gambar tu tak beria sangat, more untuk happy kan anak-anak je.

Oh ye masa kitaorang check in, bilik tak siap lagi ok [padahal kitaorang check in pukul 4 gitu].
Bilik tak kemas dan berselerak.
Pasrah. Ye pasrah sebab dah pernah baca review kan so takde la terkejut sangat.
Panggil je orang bersihkan bilik.

 Zarif [gambar ulang tayang lagi hehe]

 Zara 

 Zahia @ Yaya

Us tapi aku dah serupa bibik
Semua pun tak mandi lagi huhu


 Macam cantik pulak amik kat pokok buluh ni


 Zara tu memang peel sikit, cepat moody dengan merajuk serupa cam aku dulu2

 Ni lagi sorang perangai..
Dia je takmo mandi asik kata sejuk jer..
Sebelum datang beria nak mandi sekali dah datang takmo mandi kolam ok.
Dah macam fobia nengok kolam..

 Ni memang dari kecik taksub dengan kolam

 Memang tiga orang ni wajib mandi kolam la walau di mana
Aku memang terkecuali yea
Sorry, memang tak suka basah-basah

Nasib la Zara ni ok je suka gak mandi kolam hehe


Oklah tu je la cerita ke Gold Coast Morib.
Sorry semua gambar ni adalah pada hari kedua dan hari kitaorang nak balik.
Gambar first day memang takde.
Biliknya memang besar puas hati. Tapi tiles semata, kalau hujan memang sejuk. Lagi best kalau dapat bawak totto ke, tikar atau karpet kecik..Incase nak tido bawah kan atau ada baby..Kesian kalau baby nak meniarap atau merangkak ke kan..

Nak pergi lagi ke?
Kalau diberi peluang takmo buat masa sekarang..Tak tau la akan-akan datang..

Tapi theme park diaorang ni ok la best.
Sesuai la untuk budak-budak.
Oh yea satu lagi jacuzzi kat bilik tu pun best..Serius best, tu aku suka.
Aku layan tu kat bilik dengan si Yaya. Tapi Yaya tak suka part buih-buih keluar dengan air panas. So dia tak masuk pun bila aku tengah jacuzzi tu..Memang feeling ok buat tu, hilanglah tekanan sikit hehe.


Okla tu je.
Laju-laju aku taip ni sementara bos takde.
Sekian, thanks sudi baca entry ni.

End. Bye.





LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...