9.12.11

Cuba membayangkan...

Pakar motivasi pernah kata, bila dah lama berkahwin, pasangan suami isteri kena pergi honeymoon lagi untuk mengeratkan hubungan dan mengekalkan keintiman. Kononnya macam nak membibitkan semula rasa cinta la..

Tapi tak boleh bawak anak-anak, kena pergi berdua je..So...aku cuba membayangkan....

Aku ni belum lama pun kawin, baru je nak masuk 8 tahun.. Aku cuba nak membayangkan pergi berdua tapi tinggalkan zarif dan zara pada mak abah aku.

Rasa cam tak tergamak lagi kot. Memanglah ada keinginan nak berjalan-jalan berdua dengan mrhubby jer, tapi bukan sekarang la. Anak-anak masih kecik dan perlukan perhatian dari kami berdua. Dan buat masa sekarang aku rasa enjoy berjalan dengan anak-anak, rasa meriah sangat..

Bila aku saja-saja tanya mrhubby, nak ke dia honeymoon dengan aku tanpa anak-anak, laju je dia jawab TAKNAK. Dia tak boleh membayangkan keadaan tu. Apatah lagi aku..

Pada aku, kita yang kena pandai cari masa berkualiti untuk habiskan masa bersama..

9 comments:

  1. akak pernah jalan2 berdua ke bandar Melaka je pun tanpa anak-anak. Anak2 semua tingal rumah emak, itu pun asyik telefon anak di rumah emak...haha.

    Memang tak boleh lagi rasanya huda...ekekek.

    ReplyDelete
  2. kena banyakkan masa bersama.....kalau boleh..... :)

    ReplyDelete
  3. situasi kau sama je ngan aku...tapi yang penting kena pandai nak curi masa sekejap untuk berdua...aku lagi la plak ngan anak kecik ni..apatah lagi kami tak penah pegi honeymoon masa baru kahwin..

    ReplyDelete
  4. huda..bila kita ckp ngan asben kita benda nie..asben kita akan kata..1 hari nnt kita akan tggl bdua jek...takkan dah tak sabar sgt? hehehehhe bila tgk kak ngah ngan abg ngah kita..anak2 dah jauh kak ngah kat tiram sorang2..abg ngah kat puchong (keje) anak2 semua blajar..x sedih? so pd pndpt kita le x pe..satu hari nnt mmg kita akan bdua gak ngan pasangan kita..selagi anak2 ada biarlah dia ngan kita :) kita pun x tau sape yg pegi dulu..kita atau anak2 kita :)

    ni pndpt kita le kan

    ReplyDelete
  5. mungkin pendapat pakar motivasi tu untuk org yang dah kahwin berpuluh tahun. Anak dah besar-besar. memang banyak org yg dah kawin berpuluh tahun, hubungannya kurang intim. Baru nak gesel, dah dikata buang tebiat

    ReplyDelete
  6. @sisdee betul la tu kak dayah..sebab tu kita tak boleh tinggalkan anak-anak kita kalau nak berjalan..Tapi setakat nak keluar ngk wayang atau makan berdua dengan suami tu ok lagi la kan..tu pun kita amik half day lagi, budak2 kat sekolah, hehe..

    ReplyDelete
  7. @Norasikin mungkin jugak la kan..tapi tak kisahlah dah kawin lama ke kejap ke, tapi mmg kena jugak cari masa untuk berdua sebab bila dah ada anak2 kadang perhatian untuk suami tu dah terkurang..

    ReplyDelete
  8. betoilertu kata pakartu tapi masalahnyer kita sendiri yang tak lerhkan... teringat2 lagipun husband akaktu kalau sebelum dapat anak dulu(lambat dapat anak ok) kalau kemana pergipun berduapun bosan gak sebabnyer dia jenis tak banyak cakap.. kalau der anak husband tak layan kita cakap leh ler cakap ngan anak...

    ReplyDelete
  9. sama la sy.. rasanya x sanggup kot bercuti tanpa bawak anak2.. camner susah pun tetap nk anak2 depan mata.. :)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...