27.2.12

Oh, diaorang lalu sini ke?

Serius aku tak tau pun Le Tour de Langkawi 2012 (LTDL) dah mula. Dan memang tak tau pun diaorang melalui Parit Sulong semalam, tau-tau je hotel kat Batu Pahat penuh.

Menambahkan lagi rasa terkejut, rupanya untuk perlumbaan hari ni, diaorang melalui sepanjang jalan Parit Raja ni nak menuju ke Muar. Kalau mrhubby tak bagitau, memang aku tak tau pun, eihh, nampak sangat tak tau perkembangan sukan, yang tau Yusry ngan Lisa kawin je, hehe..

Aku nengok kebanyakan orang kampung dah dok berkumpul, termasuk pelajar-pelajar sekolah, pastinya aku takmolah ketinggalan kan. Aku nak nengok gak (yang pasti ni bukan kali pertama aku nengok live LTDL ni, rasanya dah 3 kali kot, tapi di tempat yang berbeza).


Silap la aku tak rakam video, kalau tak lagi best kan..ko nengok budak yang kibarkan bendera tu, tu pekerja Mcd tu, dia dok kibar bendera Mcd, sakan ehh..Aku nengok dari Mcd Parit Raja ni. Zarif pun nengok gak tapi dengan kawan-kawan sekolah dia semua la..Kena lambai-lambaikan tangan kat mereka semua ni, bagi sokongan la gamaknya kan..:)

Eh, aku memang tak sempat nak blogwalk lah, balik rumah malam nanti eh..

8 comments:

  1. :) jalan mesti ok skitkan....

    xde lubang²...hehehe

    ReplyDelete
  2. minat gak ko yerr....saya yg kat langkawi ni pun maleh nak join ..keh keh.

    ReplyDelete
  3. eh dah start yer...pun baru tau gak..hehe

    ReplyDelete
  4. huda, kawasan ayu depa lalu lagi tak tahun nie??

    ReplyDelete
  5. mak nye pun melambai jugak la ye??heheh

    ReplyDelete
  6. @Citarasa Rinduan ayu, rasanya cam tak lalu la sebab diaorang dah kat muar, dah nak menuju ke melaka..

    ReplyDelete
  7. makcik huda duk pt raja kt mana eekk....

    ReplyDelete
  8. @gym_midas makcik? hehe, saya duduk taman universiti parit raja, tapi asal dari batu pahat kat taman koperasi...

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...